View this post on Instagram
Ramalan penulis mengenai model EV baharu Proton yang bakal membuat penampilan sulung bersempena Malaysia Autoshow 2025 dalam artikel terdahulu, benar belaka!
Akaun Facebook dan juga Instagram rasmi Proton e.MAS telah mula mengacah warganet dengan hantaran baharu mereka yang memaparkan siluet sebuah model EV baharu.
Meskipun iklan acah itu hanya memperlihatkan bayangan atau imbasan sahaja, ia sememangnya mirip model hatchback 5-pintu yang berasaskan Geely Geome Xingyuan/Star Wish di pasaran China.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
Model EV kedua Proton e.MAS tersebut bakal berentap dengan model kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama Perodua yang berasaskan model konsep eMO-II, BYD Dolphin dan Wuling Bingo.
Dari segi dimensi, Geome Xingyuan/Star Wish berukuran 4,135 mm panjang, 1,805 mm lebar, dan 1,570 mm tinggi, manakala jarak tapak rodanya pula 2,650 mm.
Kuasa disalurkan menerusi motor elektrik tunggal dengan pilihan output 78 kuasa kuda atau 114 kuasa kuda dan ia dikuasakan oleh pek bateri 30.12 kWj atau 40.16 kWj (sama ada bateri Aegis atau dibekalkan oleh CATL).
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Kombinasi rangkaian kuasa ini mampu memberikan jarak pandu antara 310 km dan 410 km (kitaran CLTC) dengan kelajuan maksima 135 km/j.
Geome Xingyuan/Star Wish didatangkan dengan suspensi bebas yang merupakan ciri standard untuk semua varian, sistem pemacu elektrik pintar 11-dalam-1, dan sistem kokpit pintar Flyme Auto.
Proton juga telah membuat permohonan beberapa tanda dagang baharu atas nama e.MAS 3, e.MAS 5 dan e.MAS 7 PHEV menerusi portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Salah satu nama, sama ada e.MAS 3 atau e.MAS 5 dijangka menjadi nama rasmi kepada model ini nanti. EV kedua Proton e.MAS ini bakal dipertontonkan di reruai Proton di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS) mulai 9 hingga 15 Mei nanti
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
KOMEN TERKINI