ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sektor automotif terjejas teruk akibat PKPD – MAA

Berita Tempatan

Views

Keseluruhan rantaian bekalan dalam sektor automotif terjejas teruk susulan penutupan penuh operasi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di beberapa daerah di Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut Berita Harian, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata berdasarkan maklum balas diterima ahli persatuan itu menunjukkan operasi perniagaan di dalam kawasan PKPD terkesan ekoran gangguan rantaian bekalan.

Beliau berkata, ketika PKPD, tidak ada satu aktiviti perniagaan dari sektor automotif yang dibenarkan beroperasi, malah untuk negeri di bawah Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Nasional (PPN), pusat pameran kenderaan dan pusat pengedaran masih tidak dibenarkan beroperasi walaupun kebanyakan sektor ekonomi yang lain kembali dibuka.

Justeru, katanya, MAA berpandangan pendekatan pelaksanaan PKPD, serta Fasa 1 dan 2 PPN perlu dikaji dan dipertimbang semula di negeri penyumbang ekonomi utama seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Ujarnya, pengeluaran dan pengedaran produk automotif iaitu kenderaan bermotor, komponen dan alat ganti, serta penjualan kenderaan terhenti sejak 1 Jun lalu. Penamatan semua aktiviti ini akan membawa implikasi yang luas kepada seluruh ekosistem automotif di seluruh negara.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Tambahnya, syarikat automotif kehilangan pendapatan, keuntungan, pasaran eksport dan penutupan perniagaan. Dalam pada itu pekerja juga berdepan masalah lain seperti pemotongan gaji, dan kehilangan pendapatan terutama bagi kakitangan jualan, bahkan mungkin pemberhentian kerja dalam beberapa kes tertentu.

Mengulas lanjut, Aishah berkata, dengan kilang dan pusat pengedaran untuk kenderaan dan alat ganti di negeri atau lokaliti PKPD tidak dapat beroperasi, ia akan mengganggu rantaian bekalan untuk operasi perniagaan di negeri atau kawasan di bawah Fasa 1 dan 2 PPN.

Beliau menjelaskan, gangguan itu timbul akibat penamatan operasi sementara kilang automotif, bengkel, dan pusat pengedaran untuk kenderaan dan alat ganti di negeri atau kawasan PKPD seperti Selangor dan Kuala Lumpur yang disifatkan amat serius.

Katanya, semakin lama kilang, bengkel, dan pusat pengedaran automotif berhenti beroperasi, semakin besar ‘kerosakan’ yang ditanggung kepada industri dan negara.

Justeru, MAA merayu kepada kerajaan untuk memberi kebenaran sektor automotif untuk bengkel dan pusat pengedaran kenderaan serta alat ganti kenderaan penumpang dan komersial beroperasi pada kadar segera walaupun dalam kapasiti tertentu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat di bawah PKPD, Fasa 1 dan 2 PPN di Selangor dan Kuala Lumpur, negeri yang menyumbang hampir 50 peratus kepada jumlah keseluruhan industri (TIV) Malaysia setahun.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Kata beliau, sebahagian besar syarikat automotif utama untuk pengeluaran kenderaan dan komponen terletak di kedua-dua negeri ini. Beliau berkata, MAA juga berharap kerajaan membenarkan kilang dan pusat pengedaran kenderaan, alat ganti serta bilik pameran kenderaan baharu beroperasi dalam Fasa 1 dan 2 PPN.

Selain itu, katanya, bagi mengurangkan kesesakan di pelabuhan, MAA mencadangkan kerajaan memberi kebenaran menerima dan menyimpan kargo selama dua hingga tiga hari seminggu seperti mana yang dipraktikkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) tahun lalu.

Industri automotif Malaysia sangat bergantung pada pasaran domestik. Pasaran eksport ada tetapi tidak mencukupi untuk mengekalkan daya tahan industri ini. Aishah berkata, kerajaan juga dijangka kehilangan pendapatan daripada duti eksais, duti import, cukai jualan dan cukai jalan kenderaan bermotor.

Penutupan bengkel automotif dan pusat komponen dalam negeri, lokaliti PKPD seperti di Selangor dan Kuala Lumpur tidak hanya akan menimbulkan kesulitan kepada pengguna secara meluas, malah boleh membahayakan nyawa kerana terus menggunakan kenderaan yang rosak di jalan raya.

Tambah beliau lagi, kegagalan memperbaiki bahagian kenderaan yang rosak boleh menimbulkan risiko serius bagi semua pengguna jalan raya. Ini termasuk kenderaan yang mungkin tergolong dalam anggota barisan depan seperti Polis, Kementerian Kesihatan dan lain-lain yang mungkin mengalami kerosakan semasa melaksanakan tugas mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Malaysian Reserve

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply