ARKIB

KATEGORI

Buletin

Selamba dia je ‘melepas’ tengah jalan, tindakan wanita Britain ini dikecam

Tular

Views

Seorang wanita di Britain dikecam kerana membuang air besar di tengah jalan ketika waktu siang di sebuah kawasan kediaman, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Menurut K! ONLINE, kejadian itu dikatakan berlaku pada Khamis lalu di sebatang jalan berhampiran kawasan kediaman Parkwood Avenue, bandar Scunthorpe.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Seorang penduduk yang terkejut dengan situasi itu bertindak merakam gambar wanita terbabit yang sedang membongkok dari luar tempat duduk penumpang sebuah kereta sambil berbual menggunakan telefon, lapor laman berita GrimsbyLive.

Najis wanita itu didakwa ditinggalkan dengan sehelai pelitup muka diletakkan di atasnya. Kata Nicky Johnson, dia keluar dari rumah dengan beberapa rakan ketika ternampak sebuah kereta berwarna biru dengan pintu tempat duduk penumpang terbuka di luar rumah penjagaan Bridgewater.

Dia berkata, wanita itu kembali ke dalam kereta setelah mengesan kehadirannya. Tambah Nicky, kereta itu kemudian dilihat mengundur dan menuju ke arah Parkwood Avenue sebelum berhenti di sebatang jalan.

Wanita itu kemudiannya berlalu pergi setelah keluar dari kereta dan berjalan ke arah Seaton Road.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen KEDAH

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply