ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sempat lari 50 meter je, suspek kes samun berjaya ditahan semula

Berita Tempatan

Views

Seorang suspek kes samun yang cuba melarikan diri ketika pemeriksaan kesihatan di Klinik Beranang, Kajang berjaya ditahan semula polis.

Menurut Utusan Online, cubaan lelaki itu turut dirakam kamera pemuka (dashcam) sebuah kenderaan di lokasi kejadian sehingga tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada anggota polis yang melihat sebuah video berdurasi 38 saat di Tik Tok menunjukkan orang kena tahan (OKT) berpakaian baju dan seluar ungu terlepas lari semasa menaikkan OKT-OKT ke dalam lori.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Menurut beliau, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi, semalam. Ketika kejadian, anggota bertugas telah mengiringi seramai 19 OKT dari ke klinik tersebut untuk melakukan ujian calitan (Covid-19) dengan menaiki lori pasukan.

Setelah selesai, kesemua OKT telah dinaikkan semula ke dalam lori namun seorang daripada OKT cuba melarikan diri.

Bagaimanapun Mohd. Zaid berkata, OKT tersebut telah berjaya ditangkap semula dalam jarak 50 meter dari lokasi melarikan diri.

Jelas beliau, OKT telah dibawa balik ke IPD Kajang dan telah masukkan semula ke lokap Balai Kajang dengan selamat.

Hasil semakan mendapati, OKT ini merupakan suspek yang ditangkap bersabit dengan kes samun dan sedang dalam tempoh tahanan reman sehingga esok.

Berikutan kejadian ini, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan. Jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun, atau dengan denda atau dengan kedua duanya.

Pihak Polis menyeru mana-mana individu yang ada maklumat berhubung kejadian itu diminta untuk menghubungi IPD Kajang di talian 03-89114222 atau mana-mana Balai Polis atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Suresh Krishnan di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply