ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Advance Long Ride kini ditawarkan dalam pek 1.2 liter, harga RM68.80

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia telah memperkenalkan pek 1.2 liter yang baharu untuk minyak enjin motosikal Shell Advance Long Ride 10W 40 premium berikutan permintaan yang menggalakkan.

Shell Advance Long Ride ialah minyak enjin motosikal 4T sintetik sepenuhnya dengan PurePlus Technology dan djual pada harga RM68.80 untuk pek 1.2 liter.

Minyak ini diproses untuk memberikan daya tahan yang lebih tinggi ketika pemanduan jarak jauh sehingga 6,000 km tanpa menjejaskan prestasi dan perlindungan enjin.

Ia turut dirumus dengan Active Cleansing Technology yang unik oleh Shell untuk mencuci dan mengekalkan enjin yang lebih bersih dengan berkesan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Minyak enjin ini akan kekal lebih lama dalam gred dan enjin akan beroperasi tanpa masalah serta lebih efisien terutamanya untuk perjalanan jauh.

Ini membolehkan para penunggang menikmati ketenangan fikiran dan juga penggunaan minyak yang lebih rendah.

Menurut Pengurus Besar Shell Lubricants untuk Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew, kebanyakan motosikal moden kini memerlukan minyak enjin sebanyak 1.2 liter bagi memastikan prestasi dan perlindungan enjin yang optimum.

Ujarnya, Shell Advance Long Ride dengan pek baharu 1.2 liter ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tersebut, malah turut menawarkan beberapa manfaat lain.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Manfaat yang pertama, anda tidak perlu membuat pembelian secara kerap dan ini akan menjimatkan masa dan tenaga anda.

Manakala yang kedua, ia memastikan motosikal anda mendapat jumlah pelincir yang tepat dan diperlukan bagi prestasi dan ketahanan enjin yang terbaik.

Pelancaran minyak enjin tersebut telah dilangsungkan di sebuah bengkel motosikal yang popular di Sentul,baru-baru ini.

Setiap pembelian yang dibuat semasa pelancaran melayakkan motosikal untuk mendapat pemeriksaan minyak secara percuma.

Para pelanggan turut berpeluang menyertai pelbagai permainan dan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik termasuk jaket berjenama Ducati dan tiket untuk menonton MotoGP Malaysia 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply