ARKIB

KATEGORI

Buletin

UD Trucks dan TCIE lancar trak Quester Euro 5 dan Croner baharu

Berita Tempatan

Views

UD Trucks dan pengedar tunggalnya di Malaysia, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE) melancarkan rangkaian trak tugas berat Euro 5, Quester dan trak tugas sederhana, Croner yang dinaik taraf.

Ia hadir dengan pelbagai ciri yang akan menambah baik aspek tempoh penggunaan, kecekapan dan mengoptimumkan kos keseluruhan pemilikan (Total Cost Ownership) kepada pemilik serta mengurangkan impak kepada alam sekitar.

Quester Euro 5 dan Croner baharu ini merupakan model pertama UD Trucks yang direka secara khusus untuk pasaran di luar Jepun, seperti rantau yang pesat membangun di seluruh dunia.

Ini berikutan banyak negara mula menguatkuasakan standard emisi antarabangsa yang lebih ketat dalam usaha mengekang pencemaran serta menambah baik kualiti udara.

Pengarah Urusan Hub Malaysia UD Trucks, Steve Hedouin berkata, trak Quester Euro 5 dan Croner baharu memberi kelebihan kepada pelanggan kerana mereka boleh meningkatkan aktiviti perniagaan masing-masing.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Rangkaian model Euro 5 baharu menampilkan teknologi Selective Catalytic Reduction (SCR) untuk meningkatkan perlindungan alam sekitar dan menjimatkan bahan api dengan signifikan.

Dengan teknologi ini, nitrogen oksida kini 60 peratus lebih rendah dan emisi partikel berkurangan sebanyak 80 peratus, berbanding tahap Euro 3.

Jika dibandingkan dengan tahap Euro 4, nitrogen oksida adalah 43 peratus lebih rendah. Bukan itu sahaja, enjin Euro 5 juga lebih jimat dan rendah emisi CO² berbanding trak Euro 3 yang sama.

Teknologi SCR dapat menjimatkan penggunaan bahan api dan kos pemilikan secara keseluruhan, serta menawarkan kuasa dan tork lebih tinggi melalui pembakaran yang optimum tanpa perlu meningkatkan saiz enjin.

Tempoh operasi perniagaan juga dapat dipertingkat menerusi selang servis lebih baik dan tempoh penyelenggaraan yang lebih singkat dengan penggunaan bendalir ekzos diesel, AdBlue.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Bendalir ini berfungsi mengurangkan gas-gas berbahaya dilepaskan ke atmosfera dan boleh diperolehi di semua 26 cawangan dan pengedar TCIE di seluruh Malaysia.

Dengan konfigurasi enjin yang lebih tahan lasak dan kurang sensitif terhadap kandungan sulfur dalam minyak, teknologi SCR menyumbang kepada jangka hayat enjin yang lebih lama serta mengurangkan pencemaran alam.

Selain menampilkan sistem Euro 5 dengan teknologi SCR, rangkaian baharu trak Quester dan Croner juga hadir dengan kluster instrumen baharu bersama tips penjimatan bahan api pada masa sebenar.

Trak Quester Euro 5 menggabungkan aspek penjimatan dan ketahanan luar biasa, selain ketersambungan dan persediaan perniagaan melalui ciri UD Telematics serta keselamatan dengan pelbagai ciri termasuklah transmisi automatik manual ESCOT.

Trak Croner pula menawarkan ketahanan dan versatiliti menerusi rangkaian model yang luas serta boleh diubah suai bagi memenuhi pelbagai aplikasi spesifik.

Ia menjimatkan bahan api dengan reka bentuk kabin aerodinamik yang mengurangkan tahap pekali seretan serta menggunakan transmisi automatik Allison. Ruang kabinnya juga sangat ergonomik, luas dan selesa untuk pemandu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply