ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell FuelSave Diesel baharu kini di Semenanjung Malaysia

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia hari ini melancarkan Shell FuelSave Diesel baharu di Semenanjung Malaysia, selepas kejayaannya di Malaysia Timur.

Formula terbaharu ini merupakan bahan api diesel yang paling efisien oleh Shell setakat ini, mampu memberikan sehingga 19-kilometer lebih jauh untuk setiap tangki, agar pelanggan dapat menikmati perjalanan yang lebih jauh.

Semasa majlis pelancaran, Pengurus Besar Shell Mobiliti Malaysia, Seow Lee Ming, berkata, Shell komited untuk menyokong rakyat Malaysia dengan menambah baik penawaran bagi memberikan lebih nilai.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Ketika rakyat Malaysia berdepan dengan perubahan seperti rasionalisasi subsidi bahan api, Shell FuelSave Diesel baharu menawarkan penyelesaian praktikal, membantu pemandu pergi lebih jauh dengan setiap tangki.

Tambah beliau, Shell FuelSave Diesel baharu direka untuk memberikan prestasi yang terbaik dalam pelbagai keadaan jalan raya.

Formulasi Shell FuelSave Diesel baharu telah dihasilkan menerusi penyelidikan dan ujian intensif yang dijalankan oleh 150 saintis selama lebih lima tahun.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Shell FuelSave Diesel baharu menawarkan manfaat berikut:

  • Kini tahan sehingga 19 KM lebih jauh setiap tangki, membolehkan anda memandu lebih jauh.
  • Membersihkan enjin secara mendalam, menghilangkan sehingga 65 peratus deposit enjin berbahaya dan melindungi daripada pembentukan deposit baharu.
  • Kini dengan bahan aditif penyasaran deposit dwi-tindakan yang menanggalkan deposit berbahaya dan melindungi keadaan enjin.

Shell FuelSave bukan sekadar mengenai kecekapan bahan api, ia mencerminkan komitmen Shell dalam menjadikan perjalanan lebih baik dengan nilai dan kemudahan maksimum.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply