ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Malaysia lancar kempen “Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza”

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia baru-baru ini telah melancarkan kempen jenama terbaharunya iaitu “Shell FuelSave 95 Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza”. Kempen ini disandarkan pada kemampuan Shell FuelSave 95: memberikan kilometer tambahan dan bekerjasama dengan pelanggan untuk memanfaatkan perjalanan seharian mereka.

Selama hampir 130 tahun di Malaysia, Shell telah menjadi peneraju dalam pembangunan bahan bakar berkualiti tinggi dan melabur untuk mendapatkan modal insan dan sains yang terbaik untuk memacu inovasi bahan bakar.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Shell FuelSave 95 yang direka menerusi teknologi DYNAFLEX memberikan lebih kilometer, menerusi:

  • Ekstra Penjimatan dengan mengurangkan geseran sehingga 90 peratus pada bahagian enjin kritikal bagi memaksimumkan penjimatan bahan bakar.
  • Ekstra Bersih dengan mencegah 95 peratus daripada pembentukan deposit untuk enjin yang lebih bersih.
  • Ekstra Perlindungan yang melindungi enjin daripada keausan, kakisan, dan penumpukan deposit menerusi formula ‘Triple Action’.

Manfaat utama ini selaras dengan penemuan daripada kajian pengguna yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia memilih “jarak tempuh yang lebih baik” dan “penjimatan kos” sebagai pertimbangan utama mereka untuk bahan bakar gred utama yang berkualiti.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn. Bhd. Shairan Huzani Husain, Shell FuelSave 95 akan memberikan kelebihan bahan bakar segera dari titisan yang pertam dan merupakan pilihan bijak bagi pelanggan. Cubalah ia hari ini dan rasakan sendiri perbezaan Ekstranya!

Shell memulakan pelancaran kempen ini menerusi video yang menunjukkan tidak semua bahan bakar dibuat sama, sambil menyoroti janji Shell tentang Ekstra. Untuk menonton lebih video, anda klik pada pautan ini. Bagi menjadikan lebih bermanfaat, Shell Malaysia bekerjasama dengan BonusLink untuk memberikan pelanggan hingga 4X Mata setiap kali mereka berbelanja minima RM50 untuk mengisi minyak di Shell.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply