ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

SIC jadi ibu pejabat untuk bakat baharu MotoGP serantau

Views

Pic 1

SIC mengumumkan pelantikan baharu mereka sebagai ibu pejabat untuk pencarian bakat baharu dan pembangunan MotoGP dalam Shell Advance Asia Talent Cup. Asia Talent Cup merupakan perlumbaan sokongan dalam perlumbaan motosikal dunia. Projek ini disasarkan untuk memberi penunggang dari seluruh rantau Asia yang berbakat dan pantas, laluan secara formal ke perlumbaan litar yang kompetitif dan menjadikan mereka pelumba profesional.

Idea ini merupakan cetusan idea dari Dorna Sports S.L., yang merupakan pemegang hak komersil Kejohanan Dunia MotoGP™ dengan kerjasama Shell Advance dan disokong oleh Kejohanan Superbike Dunia FIM , Kejohanan CEV Repsol, selain sebagai pnganjur bersama MotoGP Red Bull Rookies Cup, dengan SIC dinamakan sebagai ibu pejabatnya.

Proses pendaftaran dibuka pada 18hb Ogos sehingga 22hb September yang merupakan tarikh tutup, bakal memilih 22 penunggang yang berumur di antara 14 dan 20 tahun untuk berlumba dalam enam siri perlumbaan di Qatar, Indonesia (Sentul), China, Japan (Motegi), Malaysia(Litar Sepang) dan India (Litar Buddh). Penunggang bakal berlumba menggunakan jentera Moto3 HRC NSF250Ryang direka sebagai motosikal Grand Prix pertama untuk penunggang muda yang membolehkan mereka belajar rahsia perlumbaan Grand Prix menggunakan motosikal lumba yang sebenar. Respon setakat ini amatlah menggalakkan dengan permohonan yang diterima dari Indonesia, India, Singapura, Filipina, Turki, Nepal, China, Taiwan, Sri Lanka, Afghanistan, Israel dan Thailand.

Projek ini bakal diterajui oleh pencari bakat yang terkenal dan berjaya Alberto Puig, yang juga bertanggungjawab untuk melahirkan bintang MotoGP ketika ini seperti Casey Stoner dan Dani Pedrosa dengan pengalaman Dorna dalam perlumbaan sokongan Rookies Cup dan Akademi MotoGP™. Ini merupakan peluang yang terbaik untuk membangunkan bakat tempatan dan pada masa yang sama meningkatkan minat tempatan mengenai sukan tersebut. Dengan budaya bermotosikal semakin membangun dengan pantas di negara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina, projek terbaru ini mensasarkan untuk memberi penunggang dari rantau Asia batu loncatan ke perlumbaan di litar. Musim pertama Shell Advance Asia Talent Cup bakal menyaksikan 22 penunggang terpili bersaing dalam enam perlumbaan di beberapa negara tepilih di rantau Asia.

Datuk Razlan, CEO SIC berkata pemilihan SIC sebagai tuan rumah sukan permotoran bukan sahaja untuk Malaysia tetapi Asia Tenggara amnya. Satu forum mengenai Perniagaan Motosikal Asia juga bakal dijadualkan pada 9hb Oktober 2013. Dengan lima pelumba tempatan yang bakal beraksi dalam Malaysian MotoGP pada bulan Oktober, beliau menjangkakan rekod kehadiran penonton pada edisi kali ini dapat dipecahkan. Beliau juga menyeru peminat untuk mendapatkan tiket awal untuk mengelakkan kekecewaan selain tidak terlepas promosi istimewa dan barangan cenderahati Grand Prix yang bakal diberikan kepada peminat semasa mereka membeli tiket.

Untuk maklumat lanjut layari www.asiatalentcup.com atau hubungi Pegawai Media SIC, Nor Lina Ayob – [email protected] atau Yasmeen Syahiera Raman – [email protected].

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply