ARKIB

KATEGORI

Tular

Wanita lintas jalan punca penunggang Suzuki GSX R1000 maut rempuh belakang Mitsubishi Triton

Tular

Views

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah trak pikap yang memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba di Kilometer 98.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di Temerloh, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu menyebabkan pemandu motosikal jenis Suzuki GSX R1000 berusia 34 tahun yang merupakan pemuzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meninggal dunia di tempat kejadian.

Rakaman kejadian yang turut tular dalam media sosial itu menyaksikan sebuah trak pikap yang berada di laluan kanan telah membrek secara tiba-tiba bagi mengelak seorang wanita yang melintas jalan sebelum sebuah motosikal berkuasa tinggi merempuh trak pikap berkenaan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, berdasarkan siasatan kemalangan berlaku apabila pemandu trak pikap jenis Mitsubishi Pajero Sport yang berhenti di bahu jalan melintas jalan sehingga menyebabkan sebuah trak pikap lain jenis Mitsubishi Triton di laluan kanan jalan membrek secara mengejut.

Dalam masa sama datang sebuah motosikal jenis Suzuki GSX R1000 dari arah belakang terus melanggar bahagian belakang Mitsubishi Triton dan mangsa terjatuh di lorong laju manakala motosikal mangsa tercampak di belakang trak pikap berkenaan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Akibat kemalangan tersebut penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian. Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu Mitsubishi Pajero Sport yang melintas jalan.

Beliau memberitahu polis menahan reman pemandu Mitsubishi Pajero Sport yang merupakan wanita berusia 35 tahun dan penumpang kenderaan berkenaan yang merupakan lelaki warga China berusia 37 tahun. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply