ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Razlan Razali bakal tubuh pasukan Moto3 baharu untuk musim 2025

Sukan Permotoran

Views

Datuk Razlan Razali memberi bayangan yang sebuah pasukan Moto3 baharu di bawah kendaliannya bakal ditubuhkan pada musim Kejuaraan Motosikal Dunia 2025 selepas ada permintaan dari pelabur berpotensi di Eropah.

Peluang itu juga hadir tepat pada masanya untuk ‘menyelitkan’ bakat negara dalam pasukan baharu berkenaan seperti Hakim Danish Ramli yang pada ketika ini sedang bersaing di Kejuaraan Dunia JuniorGP dan Red Bull Rookies Cup.

Razlan yang pernah memimpin pasukan MotoGP sebelum ini begitupun berkata, proses itu masih pada peringkat awal dengan dirinya terlebih dahulu harus bertemu pemegang hak MotoGP iaitu DORNA bagi mendapatkan ‘lampu hijau’ selain perlu berbincang beberapa perkara asas lain termasuk jentera yang hendak digunakan.

“Pada mulanya selepas insiden yang terjadi kepada saya pada akhir tahun lalu, ada permintaan untuk saya mengepalai pasukan Moto3 dan Moto2.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Namun pada masa itu, saya tak fikir secara mendalam kerana dari MotoGP perlu turun semula ke Moto3 dan Moto2… tak ada rasa nak buat pada masa itu memandangkan ada rasa kecewa dan sebagainya.

“Begitupun pada minggu lalu, ada permintaan daripada penaja serta pelabur berpotensi (dari Eropah) yang meminta saya datang semula, paling tidak untuk buat pasukan Moto3. Mereka mempunyai seorang pelumba yang hendak dibawa masuk tetapi nak pasukan sendiri.

“Jadi saya gunakan peluang itu, mungkin seorang pelumba Eropah dan seorang lagi pelumba Malaysia. Bagi saya, kalau nak buat pasukan Moto3, saya tak nak pasukan itu semuanya dari Eropah (pelumba), saya nak masukkan juga pelumba Malaysia.

“Ini kerana kita tahu yang pada tahun depan ada seorang pelumba Malaysia yang berbakat dan eloklah untuk kita buat platform ini untuk dia,” kata Razlan yang ingin bekas pelumba negara yang kini mengemudi pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin untuk turut serta dalam projek berkenaan.

Ditanya mengenai nama pasukan yang bakal ditubuhkan, Razlan yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkata, ia masih belum dibincangkan dan fokus utama kini tertumpu untuk mengadakan perbincangan dengan pihak DORNA dikemudi Carmelo Ezpeleta.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Itu belum pasti lagi (nama pasukan)… apapun yang utama sekarang adalah untuk saya berbincang dengan Carmelo dan DORNA. Saya kena bincang apa yang mereka boleh buat untuk saya, adakah saya kena ambil alih pasukan sedia ada (dalam kejuaraan) ataupun buat satu pasukan baharu.

“Saya juga kena dapatkan pendapat Zulfahmi sama ada nak (jentera) KTM. Kalau Moto3 antara Honda dan KTM, KTM lagi bagus dan perkara seperti ini kena rancang sebaiknya,” kata Razlan.

Beliau menjangkakan keputusan muktamad mengenainya mungkin diketahui sebelum Grand Prix (GP) Kazakhstan, pertengahan Jun ini.

“Sekarang ini DORNA berada di Jerez (Sepanyol) dan saya pula perlu ke Kazakhstan minggu depan. Mungkin antara Mugello (GP Itali pada hujung Mei) dan Assen (GP Belanda, hujung Jun) saya akan bincang dengan mereka.

“Jadi paling tidak di Kazakhstan kena muktamadkan dan kita perlu melakukan persiapan dari sekarang,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Razlan Razali

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply