ARKIB

KATEGORI

Tular

Silap tekan injak pemecut, Saga BLM ‘rempuh’ masuk kedai nombor ekor

Tular

Views

Seorang lelaki warga emas dikatakan tersilap menekan injak pemecut sehingga menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh masuk ke dalam sebuah kedai nombor ramalan di Taman Molek, Bagan Ajam, Butterworth di George Town, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa berusia 65 tahun dilaporkan tersepit pada bahagian tempat duduk pemandu selepas kereta jenis Proton Saga BLM berwarna merah itu merempuh bahagian kaunter premis berkenaan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Noorhisham Md Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 3.06 petang tadi.

Menurutnya, pemandu berbangsa India dilaporkan mengalami sakit pada bahagian belakang akibat rempuhan tersebut.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Pasukan bomba telah menjalankan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa dalam tempoh kurang 10 minit.

Tambah beliau, mangsa telah berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital bagi menerima rawatan susulan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Traffic Info Crew

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply