ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Video Intip

Views
#shorts : Proton S50/S70 Sedan TVC Shoot Undisguised!

Akhirnya kita dapat melihat kelibat model sedan terbaharu Proton, iaitu S50 (S11) tanpa sebarang pelitup penyamaran yang sedang menjalani penggambaran iklan komersial.

Rakaman video S50 (S11) varian mercu, atau Flagship X berwarna Deep Marine Blue itu berjaya dirakam oleh individu bernama Ilyas Othman dan dimuat naik ke laman Youtube rakan media, Paul Tan’s Automotive News.

Ini sekali gus memberi petanda besar yang model pengganti kepada Prevé ini akan dilancar dalam tempoh yang terdekat. Apa yang mencuri tumpuan adalah emblemnya yang tertera nama S70.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Menerusi carian di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), permohonan tanda dagang nama Proton S70 telah pun didaftarkan pada 14 Disember 2022, di bawah Kelas 12, yang merangkumi kategori ‘kereta; kenderaan; motor automobil’.

Tanda dagang nama Proton S70 pula telah pun diwartakan secara rasmi pada 06 Julai 2023. Mungkinkah model ini akan menggunakan nama rasmi S70 dan bukannya S50? Setakat ini kami masih belum mendapat info terbaharu mengenainya.

Menurut info dari ejen perisik Mat Bond, sesi pratonton tertutup model S50/S70 untuk kawasan Pantai Timur akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuantan pada pertengahan bulan November.

Manakala pelancarannya pula dijangka pada penghujung bulan yang sama, cuma tarikhnya masih belum dimuktamadkan lagi.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Model S50/S70 akan ditawarkan dalam empat pilihan varian, iaitu:

  • Executive
  • Premium
  • Flagship
  • Flagship X – mungkin varian Edisi Khas (SE)

Buat permulaan S50/S70 (SS11) akan dijana oleh enjin tiga-silinder 1.5T (Turbo Port Fuel Injection) yang menghasilkan output 150 PS dan 226 Nm daya kilas yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan (7DCT) yang menjana model X50.

Dari segi penampilan, ia menampilkan jeriji identiti Proton, iaitu Infinite Weave dan Ethereal Bow serta perubahan pada bahagian bampar depan dan juga belakang. Nantikan info terkini daripada kami dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit PaulTan.org

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply