ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sime Darby Motors perkenal BYD ATTO 3 yang dipertingkatkan – 1 varian, warna baharu, harga RM149,800

Berita Tempatan

Views

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Darby Motors memperkenalkan versi yang dipertingkatkan bagi model BYD ATTO 3 2024. Hanya satu pilihan varian ditawarkan, dengan harga jualan RM149,800.

BYD ATTO 3 2024 kini ditawarkan dengan satu warna baharu, iaitu Cosmos Black, selain tiga warna sedia ada Boulder Grey, Ski White dan Surf Blue.

Untuk warna Boulder Grey dan Cosmos Black, ia didatangkan dengan rona kabin baharu, kombinasi Black-Dark Blue, manakala dua lagi warna menerima rona dalaman Dark Blue-Light Grey.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Antara peningkatan yang dibuat pada BYD ATTO 3 2024 termasuklah:

  • Sirip kemasan hitam pada tiang-D yang menggantikan warna putih pada model sebelumnya
  • Logo BYD menggantikan perkataan “BUILD YOUR DREAMS”
  • Dua pilihan rona kabin iaitu Black-Dark Blue (baharu) dan Dark Blue-Light Grey
  • Pengecas nirwayar
  • Skrin berputar lebih lebar bersaiz 15.6 inci (12.8 inci pada model sebelumya)
  • Ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay

Selebihnya masih lagi sama seperti model terdahulu, termasuklah motor elektrik di hadapan dengan output 201 kuasa kuda dan 310Nm daya kilas.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ia juga masih menggunakan pek bateri litium besi fosfat (LFP) dengan jarak pandu 345km (WLTP). Dari segi pengecasan, ia menyokong pengecasan AC 7kW dan DC 70kW, termasuk fungsi V2L.

BYD ATTO 3 2024 turut didatangkan dengan Pakej Waranti Komprehensif yang merangkumi:

  • Waranti kenderaan 6 tahun atau 150,000km
  • Waranti bateri 8 tahun atau 160,000km
  • Waranti unit pemacu 8 tahun atau 150,000km

Selain itu, pakej servis Standard dan Plus juga ditawarkan kepada pelanggan dengan harga dari RM1,688 hingga RM17,688. Pakej servis Plus kini meliputi perkhidmatan tambahan seperti putaran tayar, penjajaran dan pengimbangan, termasuk penggantian bateri 12V setiap tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply