ARKIB

KATEGORI

Buletin

Skoda Yeti facelift tawar 2 pilihan, City & Outdoor

Views

2014-Skoda-Yeti-5[2]

Skoda bakal memperkenalkan model facelift crossovernya, Yeti yang menawarkan 2 pilihan iaitu City & Outdoor. Yeti facelift diperkenalkan secara rasmi pada bulan hadapan sempena Frankfurt Motor Show 2013. Bahagian hadapan model ini telah digayakan semula, ruang dalamannya juga turut dipertingkatkan dan lampu belakang juga mendapat rekaan baharu. Untuk varian City, ia digayakan lebih konvensional manakala varian Outdoor pula nampak lebih lasak dan “rugged” sesuai dengan namanya.

3 enjin petrol dan 4 enjin diesel yang mampu menjana 104hp (105PS) untuk 1.2-liter TSI hingga ke 168hp (170PS) 2.0-liter TDI ditawarkan untuk model ini. Pacuan 4 roda dan transmisi 6 atau 7 kelajuan dual clutch (DSG) juga ditawarkan sebagai pilihan untuk model tertentu. Buat julung kalinya, pacuan roda hadapan untuk model Yeti 1.6-liter (104hp/105PS) TDI 77 kW kini ditawarkan dengan transmisi automatik 7 kelajuan dual clutch.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply