ARKIB

KATEGORI

Buletin

Model konsep Opel/Vauxhall Monza

Views

Opel-Monza-Concept-8[5]

Opel/Vauxhall Monza concept bakal membuat penampilan sulungnya semasa Frankfurt Motor Show bulan hadapan. Dengan gaya rekaannya yang futuristik umpama gabungan sebuah coupe dan wagon dengan pintu gullwing yang amat besar, ia bakal menjadi hala tuju serta penanda aras kepada model-model keluaran Opel/Vauxhall pada masa hadapan. Paling menarik, teknolgi “LED projection” digunakan untuk paparan pada papan pemuka dan sistem infotainmen.

Opel/Vauxhall Monza akan menggunakan gabungan sistem yang digunakan pada model Opel/Vauxhall Ampera dan Chevrolet/Holden Volt. Namun begitu, enjin 1.4-liter range-extender yang semakin dimamah usia itu telah digantikan dengan enjin 1.0-liter SIDI turbo yang lebih moden dan canggih menggunakan CNG (Compressed Natural Gas) yang lebih mesra alam.

Apa pendapat anda mengenai model konsep ini? 🙂

Video model konsep Opel/Vauxhall Monza

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply