ARKIB

KATEGORI

Buletin

Skuter elektrik Eclimo ES-11 dilancar – Harga RM14K, jarak tunggangan lebih jauh

Berita Tempatan

Views

NanoMalaysia Bhd (NMB) dan Eclimo Sdn Bhd melancarkan skuter elektrik dengan Sistem Pemantau Bateri Berstruktur Nano (BMS) dikenali Eclimo ES-11 yang ditawarkan pada harga RM14,000.

Menurut Berita Harian, ketika ini skuter elektrik itu ditawarkan menerusi model perniagaan pajakan dan berasaskan langganan di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

ES-11 memiliki sistem pengecasan soket palam 3-pin yang mampu menyelesaikan masalah yang sering dihadapi kenderaan elektrik (EV) susulan kekurangan infrastruktur dan stesen pengecas.

Memiliki sel bateri litium-Ion berasaskan nano, ia mempunyai kitaran hayat sebanyak 1,000 cas dan setiap pengecasan penuh mampu menggerakkan ES-11 sehingga 100 kilometer (km).

Bagi model baharu itu, ia didatangkan dengan BMS di mana sistem berkenaan boleh memantau hayat bateri, menghantar amaran apabila voltan menurun dan dilengkapi dengan sistem pengesanan geografi yang boleh dikawal menerusi aplikasi mudah alih.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pelancaran ES-11 mencerminkan komitmen kementerian itu untuk memenuhi aspirasi negara neutral karbon menjelang 2050, negara berteknologi tinggi dan berpendapatan tinggi sejajar dengan Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, MOSTI juga mempergiatkan usaha dalam mengambil bahagian dalam industri EV yang berbilion dolar di mana terdapat peluang yang luas untuk membantu ekonomi pulih selepas wabak.

Tambahnya, pembentangan Bajet 2022 adalah penting dalam kemajuan industri EV dan tepat pada masanya untuk pelancaran kami hari ini. Kerajaan komited dalam menyokong industri EV dengan cadangan supaya EV dikecualikan sepenuhnya daripada duti import, duti eksais dan cukai jualan.

Turut hadir, Pengerusi NMB, Tan Sri Dr Mohd Nor Azman Hassan; Ketua Pegawai Eksekutif NMB, Dr Rezal Khairi Ahmad; Pengerusi Eclimo, Tan Sri Dr Halim Mohammad; dan Pengasas serta Pengarah Eksekutif Eclimo, Datuk Dennis Chuah.

Saiz pasaran EV global bernilai AS$246.7 bilion (RM1.04 trilion) tahun lalu dan ia dijangka meningkat sehingga AS$1.32 trilion (RM5.6 trilion) menjelang 2028.

Sementara itu, saiz pasaran kenderaan elektrik berkelajuan rendah Asia Pasifik diramalkan mencecah 71.8 juta unit menjelang 2025.

Sementara itu, Dr Rezal berkata, aplikasi teknologi nano dalam sektor pengangkutan telah menjadi kenyataan dengan pembangunan ES-11 sebagai kes penggunaan dan yang pertama di Malaysia.

Katanya, pasaran dua roda mempunyai potensi yang sangat besar kerana ia menawarkan keterangkuman mobiliti elektrik yang lebih besar dalam kalangan demografi rakyat.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Jelasnya, adalah penting bagi mereka membangunkan kes penggunaan dengan jayanya di Malaysia sebagai platform untuk pengembangan serantau dan global.

Ini akan membolehkan mereka mempamerkan faedah yang hadir dengan menggunakan teknologi nano. Dalam kes ini, Internet Kebendaan Nano dan Bateri Berstruktur Nano akan membangunkan industri pengangkutan elektrik dan mobiliti yang mana memberi kita peluang untuk berkembang pada masa hadapan.

Tambahnya lagi, adalah menarik untuk diperhatikan bahawa sistem penyimpanan tenaga ini boleh dipindahkan ke mod kenderaan lain, sekali gus menawarkan sisi baharu potensi penggunaan komersial.

Eclimo ES-11 dihasilkan secara bersama oleh NMB dan Eclimo dengan NMB memiliki hak harta intelek (IPR) BMS. Pada masa ini, NMB sedang membantu Eclimo dalam meningkatkan penggunaan motosikal elektrik.

Chuah berkata, syarikat itu sedang mengadakan rundingan dengan penyedia perkhidmatan e-hailing selain merancang berkembang dalam ruang mobiliti bandar yang membolehkan motosikal elektrik disewa untuk kegunaan sebagai alat pengangkutan di sekitar bandar.

Sehingga kini, ES-11 telah menjana nilai jualan lebih RM18 juta. Di samping itu, setiap unit kenderaan dua roda elektrik ini mencipta purata tiga pekerjaan baharu.

Syarikatnya juga sudah meneroka pasaran Thailand dan mereka memanfaatkannya untuk mengembangkan pasaran ES-11 di peringkat serantau. Ketika ini, KFC Holdings Malaysia Bhd dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi pelanggan pajakan bagi motosikal Eclimo.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply