ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery Smart Auto Industrial Park dijangka siap menjelang tahun depan – Kapasiti pengeluaran awal 100,000 kenderaan setahun

Berita Tempatan

Views

Chery Holding Group Co Ltd (Chery) melabur RM2.2 bilion untuk membangunkan Chery Smart Auto Industrial Park di Beringin High-Tech Auto Valley (Beringin HTA Valley).

Pelaburan dalam tempoh lima tahun itu menjadi pembangunan fasa pertama dalam ekosistem seluas 323.75 hektar di Beringin HTA Valley yang membawa pembuatan automotif bertaraf dunia dan teknologi canggih ke Hulu Selangor.

Pembangunan Chery Smart Auto Industrial Park meliputi pembangunan seluas 80.9 hektar sejajar dengan visi berfasa Beringin HTA Valley dalam membangunkan sebuah perbandaran bersepadu yang mampu menarik bakat, pelaburan dan inovasi ke kawasan berkenan.

Presiden Chery International, Zhang Guibing, berkata Chery Smart Auto Industrial Park yang dijangka siap menjelang tahun depan memiliki kapasiti pengeluaran awal sebanyak 100,000 kenderaan setahun, dengan potensi untuk meningkat kepada 300,000 kenderaan setahun.

Katanya, pelaburan besar Chery di Malaysia mengukuhkan kedudukan negara ini sebagai peserta utama dalam industri automotif serantau.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

“Chery berbangga menjadi sebahagian daripada pembangunan visi ini, di mana kami akan menubuhkan kemudahan pembuatan bertaraf dunia, mengintegrasikan teknologi pintar terkini dan menghasilkan pelbagai jenis kenderaan, daripada model enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada teknologi terkini kenderaan hibrid plug-in (PHEV), kenderaan elektrik bateri (BEV) serta kenderaan cekap tenaga (EEV).

“Kami yakin selepas ia siap, kemudahan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi, menempatkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang canggih, memperluaskan eksport kenderaan ke negara jiran, memperkukuh peranan Selangor menerusi rantaian bekalan yang kukuh serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab automotif utama di ASEAN.

“Chery Smart Auto Industrial Park dijangka mewujudkan 1,500 hingga 3,000 peluang pekerjaan baharu bagi fasa pertama di Malaysia,” katanya pada majlis pemeteraian perjanjian dan simbolik pecah tanah Chery Smart Auto Industrial Park di Shah Alam, hari ini.

Majlis pemeteraian perjanjian membabitkan Legenda Beringin Holding Sdn Bhd (Legenda Beringin) dan Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd (Chery Malaysia).

Ia disaksikan oleh Raja Muda Selangor yang juga Penaung Diraja Invest Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir, EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han; Pengerusi Chery Automobile Co Ltd, Yin Tongyue; Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia, Leo Chen; dan Pengerusi Legenda Beringin, Chia Song Kooi.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Legenda Beringin adalah pemaju utama bagi Beringin HTA Valley yang akan menjadi lokasi pelaburan terkini Chery di Malaysia.

Sementara itu, Song Kooi berkata, pelaburan berterusan Chery, sebuah syarikat Fortune Global 500 di Selangor mencerminkan keyakinan antarabangsa terhadap ekosistem pelaburan dan perindustrian negeri ini.

Beliau berkata, pencapaian itu menandakan langkah besar dalam memperkukuh kedudukan Malaysia dan Selangor sebagai hab utama dalam pembuatan automotif berteknologi tinggi dan inovasi teknologi.

Katanya, seiring dengan pembangunan Beringin HTA Valley, kerjasama strategik dengan Chery Malaysia, ia menekankan daya tarikan Selangor dan pembangunan itu sebagai destinasi utama untuk pelaburan automotif berteknologi tinggi.

“Projek ini lebih daripada sekadar pelaburan. Ia menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi ekonomi perindustrian berteknologi tinggi dan mampan menjelang 2030, selari dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP).

“Kami amat berterima kasih atas keyakinan yang diberikan oleh Chery, serta sokongan padu daripada Kerajaan Negeri Selangor, Invest Selangor, dan pelbagai pihak berkuasa tempatan dan agensi lain. Dengan kesepaduan, keazaman, dan cita-cita bersama, kami yakin dapat merealisasikan visi ini,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Invest Selangor Berhad

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply