ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart Malaysia raikan ulang tahun pertama menerusi penganjuran smartAWAY Gathering

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia baru-baru ini meraikan ulang tahun pertamanya menerusi suatu acara perjumpaan bersama pelanggan, smartAWAY Gathering.

Berlangsung pada 14 Disember 2024, acara ini telah menghimpunkan 100 pemilik smart bersama ahli keluarga dan rakan-rakan mereka dalam suasana yang amat meriah. Acara ini turut disertai lebih daripada 40 buah kereta smart.

smartAWAY Gathering bukan sahaja menyatukan pemilik smart dan PRO-NET, malah melibatkan komuniti yang lebih luas dalam meraikan pencapaian dan kemajuan yang luar biasa.

Bermula di smart Glenmarie dan berakhir di Monkeys Canopy Resort Sungai Long Hills, acara ini mempamerkan perjalanan smart Malaysia dalam memacu kelestarian, memperluas pasaran, dan memberikan kepuasan pelanggan yang luar biasa.

Salah satu perkara penting dalam acara ini ialah pelancaran program hello smart points yang telah ditingkatkan dimana aplikasi ini diperhebat dengan pengenalan GENO Group.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Inovasi ini mengubah program tersebut menjadi platform yang mengetengahkan gaya hidup, memberikan mata ganjaran kepada pelanggan yang menyertai acara seperti smartAWAY Gathering.

Sebagai penghargaan atas sokongan luar biasa daripada pemilik smart, setiap peserta menerima 1,000 mata ganjaran.

Program hello smart points turut di kemas kini, di mana semua pemilik smart sedia ada dan baharu akan menerima 1,000 mata ganjaran sebagai ganjaran atas kesetiaan serta sokongan yang berterusan.

Ganjaran istimewa ini sedia untuk ditebus sehingga 31 Disember 2024 sekali gus mengukuhkan lagi hubungan antara jenama dan komuniti.

Dengan sesi perkongsian pada acara tersebut, smart Malaysia mengeratkan hubungan dan berinteraksi dengan komuniti pemilik smart.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Sesi ini menyediakan platform bagi pemilik untuk berkongsi pengalaman, pandangan, dan tip, serta mengeratkan lagi hubungan dan persaudaraan.

Ia menekankan kepentingan pendekatan berasaskan komuniti, memperlihatkan hubungan yang erat dalam memperkukuh hubungan antara smart Malaysia dan pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, ulang tahun ini menandakan satu langkah penting dalam perjalanan kami untuk mengembangkan mobiliti lestari di Malaysia.

smartAWAY Gathering adalah bukti kepada hubungan kukuh yang telah mereka bina bersama pelanggan, rakan kongsi, dan komuniti yang lebih luas.

Acara ini bukan hanya sekadar satu perjumpaan, ia juga mencerminkan nilai dedikasi yang menjadikan smart Malaysia unik.

Dengan rancangan untuk terus berkembang dan berinovasi yang telah pun bermula, smart Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk terus memberi inspirasi dan menjalin hubungan yang lebih erat dengan komuniti pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply