ARKIB

KATEGORI

Info

SPEKULASI : Desas-desus prototaip kereta nasional ketiga – Jom ‘membawang’!

Views

Kami jangka ramai yang terkesima apabila terbaca artikel kami semalam kan? Mana tidaknya, angin tak ada ribut tak ada, tiba-tiba dapat tahu prototaip kereta nasional ketiga bakal dilancarkan pada suku pertama 2019. Betapa cepatnya mereka bekerja secara ‘senyap-senyap’ selama ini setelah mendapat lampu hijau daripada pencetus idea ini, Bapa Automotif Negara, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jujur kami katakan, sejak tahun lepas kami sudah mendengar beberapa desas-desus serta khabar angin mengenai projek ini. Cuma kami kurang berminat untuk kongsikannya kerana ketika itu status projek ini masih lagi samar-samar. Jika merujuk pada ayat awal tadi, minda kita akan terus terfikir beberapa persoalan.

Yang pertama, sempat ke nak keluar prototaip sebelum bulan April nanti?

Apa yang kami tahu prototaip kereta ini sedang rancak dibina dan reka bentuk akhirnya telah pun ‘dibekukan’ atau dimuktamadkan beberapa bulan yang lepas. Ini bermakna proses pembinaan prototaip kini sedang berlangsung dan Tun Dr Mahathir mahu ia disiapkan pada bulan Februari ini. Jadi secara logiknya, ia mungkin sempat siap.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT ke tu?

Soalan kedua, prototaip kereta ini pakai pelantar model apa?

Untuk menjawab soalan ini, secara ‘penaakulan mantik’ kita sudah tahu prototaip kereta tersebut sudah pastinya akan menggunakan pelantar sedia ada dari pengeluar yang lain. Siapa pula penderma pelantar model ini? Info yang kami dapat, ia akan berkongsi pelantar dengan model segmen B dari pengeluar Jepun yang turut menjalankan perniagaan di sini, namun model tersebut masih belum dijual buat masa ini. Anda cubalah teka la ye?

Soalan ketiga, enjin apa yang akan menjana kereta ini?

Jawapan untuk soalan ini sememangnya agak sukar dijawab kerana ada pelbagai info yang kami terima hinggakan kami jadi keliru. Namun, menurut sumber yang boleh dipercayai, kereta ini akan menggunakan penjana tenaga hibrid. Kalau info ini silap jangan bantai kami ye!

Soalan keempat, apakah jenis kereta yang bakal dilancarkan nanti?

Menurut maklumat tambahan dari sumber kami, kereta nasional ketiga bakal mempunyai dua model. Model pertama yang bakal dilancarkan nanti merupakan sebuah hatchback segmen B dan selepas itu, model crossover atau SUV dari segmen yang sama pula bakal menyusul.

Soalan kelima, bagaimanakah reka bentuk kereta tersebut?

Yang ini kami belum ada sebarang maklumat sebab sumber kami hanya dapat melihat sekilas pandang sahaja konsep awal reka bentuk model tersebut. Menurutnya, reka bentuk model itu nanti akan mempunyai citarasa Malaysia dan global. Apa yang penting ia direka sepenuhnya oleh anak tempatan. Katanya reka bentuk model asal atau penderma telah dirombak secara keseluruhan dari bahagian luaran hingga dalaman.

Kesimpulannya, terpulang kepada anda sama ada untuk mempercayai apa yang kami umumkan ini, kerana kami juga tidak berani untuk mengesahkannya selagi tidak dapat melihat sendiri model yang sebenar di depan mata. Buat masa ini, anggaplah ia sekadar khabar angin semata-mata. Tunggu je lah ye! Tak lama dah…

JOM BACA >> PANAS : Foto Proton Iriz MC2 bocor lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply