ARKIB

KATEGORI

Spekulasi

SPEKULASI : Tempahan Perodua Ativa (D55L) akan dibuka mulai esok? Pelancaran dijangka 3 Mac?

Spekulasi

Views

Belum pun reda dengan isu penularan foto-foto Proton Iriz R3 Limited Edition yang memaksa kami menarik balik artikel tersebut petang tadi, kini timbul pula desas-desus yang mengatakan tempahan model SUV kompak baharu Perodua, Ativa (D55L) akan dibuka mulai esok (17 Februari 2021).

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Maklumat tersebut mula tersebar menerusi tangkap layar mesej di aplikasi Whatsapp sejak petang tadi sekali gus mengesahkan nama rasmi serta tiga varian model tersebut, seperti yang kami war-warkan dalam artikel sebelum ini. Yang pasti Ativa (D55L) akan ditawarkan dalam tiga pilihan kod varian seperti berikut :

  • Ativa 1.0 X Turbo CVT
  • Ativa 1.0 H Turbo CVT
  • Ativa 1.0 AV Turbo CVT

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Menurut info itu lagi, tarikh pelancaran rasmi model ini dijangka pada 3 Mac 2021. Pilihan warna yang ditawarkan mengikut varian pula terdiri adalah seperti berikut:

  • Ativa 1.0 X Turbo CVT – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43) dan Cobalt Blue (B79)
  • Ativa 1.0 H Turbo CVT – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43), Cobalt Blue (B79), Pearl Diamond White (W25) dan Pearl Delima Red (W75)
  • Ativa 1.0 AV Turbo CVT – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43), Cobalt Blue (B79), Pearl Diamond White (W25), Pearl Delima Red (W75), Pearl Diamond White Dual Tone (XJ3) dan Pearl Delima Red Dual Tone (XJ2)

Difahamkan yuran tempahan adalah sebanyak RM300 dan tempahan boleh dibuat mulai esok. Buat masa ini kami belum mendapat sebarang maklumat rasmi daripada pihak Perodua, dan kita nantikan sekiranya ada pengumuman dibuat oleh mereka esok.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply