ARKIB

KATEGORI

Buletin

Stesen pengecasan EV berprestasi-tinggi (HPC) di Tangkak mula beroperasi

Berita Tempatan

Views

Para pelanggan boleh mengecas kenderaan elektrik (EV) di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi melancarkan perjalanan mereka dari Singapura ke Thailand menjelang penghujung tahun ini.

Ia merupakan rangkaian stesen pengecasan EV berprestasi-tinggi (HPC) pertama di Asia Tenggara dan infrastruktur EV rentas-negara Shell yang pertama di rantau ini.

Infrastruktur ini juga akan membantu semua pelanggan EV dalam mengurangkan masa mengecas, menempah dan membuat pembayaran menerusi platform bersepadu.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Shell dan Porsche Asia Pacific secara rasminya hari ini mengumumkan operasi stesen HPC di Tangkak, Johor bermula. Stesen ini menandakan permulaan bagi pembinaan sebanyak 12 titik pengecasan di enam stesen Shell yang terletak di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Semua pelanggan EV kini boleh menggunakan rangkaian HPC ini menerusi perkhidmatan bayar-untuk-sekali guna atau pelan keahlian eksklusif dengan membuat tempahan melalui aplikasi tempahan dalam talian.

Sambil itu, mereka juga boleh berehat di kedai serbaneka Shell Select sementara menunggu kenderaan mereka dicas. Menerusi kerjasama ini, enam stesen Shell di Malaysia akan dilengkapi dengan pengecas arus terus (DC) 180 kilowatt (kW).

Ini membolehkan EV dicas pada kelajuan yang sangat pantas, sekali gus masa menunggu lebih singkat. Sebagai contoh, Porsche Taycan boleh dicas dari sifar hingga 80 peratus kapasiti bateri kira-kira 30 minit, memberikan sehingga 390km (WLTP2) jarak perjalanan tambahan.

Menurut Naib Presiden Kanan, Mobiliti – Timur, Shell, Amr Adel, bersama dengan Porsche, pihaknya akan bekerjasama untuk meningkatkan pengalaman pengecasan EV di sepanjang laluan utama yang menghubungkan antara tiga buah negara di rantau ini.

Bagi Pengarah Bidang Perniagaan Baharu, Porsche Asia Pacific, Dr Henrik Dreier, kerjasama antara pihaknya dengan Shell adalah hasil daripada objektif kemampanan yang sejajar dan akan menambah lagi rangkaian penyelesaian pengecasan untuk pemilik kenderaan elektrik, khususnya pemilik Porsche.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply