PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memberi jaminan keseluruhan struktur jambatan Pulau Pinang masih kukuh susulan insiden kebakaran kabel elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah jambatan itu, semalam. Menurut Berita Harian, PLUS yang juga pengendali jambatan tersebut turut memberi jaminan bahawa jambatan sepanjang 13.5 kilometer itu masih selamat digunakan.
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
Jelasnya, api berjaya dipadamkan kira-kira jam 7.30 malam tadi, dan tiada kecederaan membabitkan pengguna jambatan itu dilaporkan. Selain itu, PLUS memaklumkan lorong kanan di kedua-dua arah di lokasi kebakaran iaitu di Kilometer 3.2, ditutup selama beberapa hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan TNB, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis.
Sepanjang tempoh ini, PLUS menggalakkan orang ramai menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah untuk mengelakkan kesesakan disebabkan penutupan lorong itu. PLUS juga akan terus menyalurkan maklumat trafik terkini menerusi paparan papan tanda elektronik di lokasi strategik di lebuh raya, termasuklah menerusi Twitter PLUSTrafik dan saluran media sosial dari semasa ke semasa.
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
Orang ramai turut digalakkan memuat turun aplikasi PLUS secara percuma dan berinteraksi dengan Chatbot pertama lebuh raya iaitu PUTRI untuk mendapatkan maklumat trafik di Jambatan Pulau Pinang.
Kebakaran kabel elektrik yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang semalam menyebabkan jambatan Pulau Pinang yang mula beroperasi pada 1985, diselubungi kepulan asap, menyebabkan lalu lintas di atas jambatan itu sesak teruk. Ketua Pegawai Grid TNB Datuk Ir Husaini Husin semalam memaklumkan, punca sebenar kebakaran kabel 132kV dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Tengah ke Bayan Mutiara itu masih disiasat.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Penang Press
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
KOMEN TERKINI