ARKIB

KATEGORI

Buletin

Airbus C295MPA masuk dalam senarai bidaan tender pesawat peronda maritim Malaysia

Berita Tempatan

Views

Pengeluar pesawat, Airbus SE semalam telah mengesahkan penyertaannya dalam tender pesawat peronda maritim (MPA) Malaysia, menawarkan C295MPA, pesawat udara taktikal generasi baharu dalam segmen ringan dan sederhana, untuk bidaan.

Menurut Berita Harian, Ketua Pertahanan dan Angkasa Airbus Asia Tenggara, Johan Pelissier, berkata C295MPA adalah pilihan yang tepat untuk keperluan Malaysia, mewakili gabungan nilai dan keupayaan yang terbaik. Beliau berkata model itu adalah satu-satunya MPA dalam kategorinya yang berada dalam perkhidmatan ketika ini.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Tambahnya, C295MPA adalah program pesawat yang terbukti dan rujukan global dalam pengawasan maritim yang menawarkan risiko terendah, namun pemerolehan, operasi dan kos kitaran hayat yang terbaik dalam kategorinya, yang paling sesuai untuk Malaysia.

Turut hadir Ketua Negara Airbus Malaysia Raymond Lim. Menurut Pelissier, Brazil, Kanada, Chile, Oman dan Portugal adalah antara negara yang telah menggunakan C295MPA dengan jayanya. C295 menjalankan pelbagai operasi di seluruh dunia dalam semua keadaan cuaca.

Ia telah diperakui sepenuhnya dan beroperasi secara rutin siang dan malam dalam misi pertempuran dalam semua keadaan cuaca yang melampau, dari padang pasir hingga persekitaran maritim, daripada suhu yang amat panas hingga amat sejuk.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Faktor penting kepada keupayaan meronda dan pengawasan C295 yang unik ialah sistem taktikal bersepadu sepenuhnya (FITS), yang menyepadukan, mengawal dan memaparkan sensor misi meningkatkan kesedaran misi dan memudahkan untuk membuat keputusan.

Ogos lalu, Kementerian Pertahanan telah mengeluarkan notis tender mencari dua MPA untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejajar dengan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55).

Taklimat dalam talian telah dijalankan pada 1 Oktober 2020, membabitkan pihak berkuasa dan syarikat antarabangsa yang berminat dengan tender tersebut. Selain MPA Airbus, pesawat lain yang berpotensi termasuklah Leonardo ATR-72MPA, Boeing P-8A Poseidon, Kawasaki P-1 dan PTDI CN-235MPA.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply