ARKIB

KATEGORI

Buletin

Treler bawa besi buruk terjunam dalam gaung – Pemandu maut, kelindan patah kaki

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu treler muatan besi buruk maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terjatuh gaung di km 218 Lebuhraya Pantai Timur, hari ini. Menurut Bernama, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata, Mohd Syafiq Atan, 30, yang mengalami kecederaan di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya Mohd Izwan,24, kelindan treler berkenaan, patah kaki dalam kemalangan pada kira-kira 6.10 pagi tadi.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Beliau berkata, kejadian berlaku semasa dua beradik berasal dari Langgar, Kedah itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tambah beliau, treler itu dipercayai terbabas ke pembahagi jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung di sebelah kiri laluan pada kedalaman 130 meter dari paras jalan.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Pahang memaklumkan 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas bersama sebuah jentera digerakan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.16 pagi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, sejurus tiba anggota bomba melakukan operasi mengeluarkan mayat tersepit dengan menggunakan ‘rescue tool‘ sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala kelindan cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply