ARKIB

KATEGORI

Buletin

Subaru tayang foto acah WRX 2022

Berita Global

Views

Subaru mula menayangkan foto acah pertama model berprestasi tinggi WRX 2022, sekali gus mengesahkannya bakal diperkenalkan tahun ini. WRX 2022 baharu ini dijangka masih mengekalkan warisan inspirasi-rali dan menggabungkan enjin turbocas dengan pacuan semua roda.

Jika desas-desus yang diperkatakan sebelum ini benar, ia bakal ditawarkan dengan pilihan transmisi manual. Subaru berkata, rekaan model ini akan turut mendapat inspirasi daripada model konsep Viziv Performance Concept pada tahun 2017.

Roadtax di Malaysia Mahal dan Ini Puncanya! - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Jika diperhatikan pada foto yang ada, kita dapat melihat skup pada hud dan juga imbasan rekabentuk luarannya. Model ini akan dijana oleh enjin turbocas 2.4-liter FA24F yang mampu menghasilkan lebih 300 kuasa kuda untuk versi WRX dan hampir 400 kuasa kuda untuk versi WRX STI.

Enjin ini akan dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan manual. Berkemungkinan besar Subaru tidak akan menawarkan WRX versi elektrik dan ini bermakna, seperti BRZ baharu, jentera inspirasi-rali ini tidak akan mendarat di Eropah berikutan peraturan emisi yang ketat.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Dari segi penggayaan, WRX 2022 menampilkan reka bentuk hadapan dengan muncung yang lebih tajam bersama lampu depan LED berbentuk-C dan corong kemasukan udara yang besar.

Ruang kabinnya pula dijangka berkongsi reka bentuk yang sama dengan Impreza, seperti sistem infohiburan dengan skrin besar, tempat duduk sport dan lain-lain. Ia bakal diperkenalkan dalam tempoh beberapa bulan dari sekarang, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply