ARKIB

KATEGORI

Buletin

TLDM kembali hasilkan pelaka kapal (ship crest) berciri klasik

Berita Tempatan

Views

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan, KD Pelandok, baru-baru ini telah menghasilkan pelaka kapal (ship crest) berciri klasik, di mana sebelum ini pernah dihasilkan oleh kapal besar TLDM atau unit yang mempunyai bengkel Srimala.

Ciri klasik yang dimaksudkan ialah pembuatan pelaka menggunakan resin atau komposit, diwarnakan sewajarnya mengikut logo sesebuah unit. Produk sedemikian sebelum ini kebiasaannya sinonim dengan Royal Navy.

Roadtax di Malaysia Mahal dan Ini Puncanya! - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Pada masa ini sebahagian besar pelaka kapal yang digunakan oleh TLDM adalah buatan kilang di mana kepingan logam yang difabrikasi, dilapik dengan kepingan kayu. Penghasilan pelaka kapal bercirikan klasik ini telah lama tidak dihasilkan di dalam TLDM.

Ini disebabkan kemahiran ini luntur setelah tred Srimala dimansuhkan. Namun, dengan diwujudkan semula tred Srimala secara bersasar, maka kemampuan melaksanakan senggaraan serta pembaikan melibatkan logam, kayu dan sebagainya secara dalaman (in-house) atau buat sendiri (D.I.Y) telah ditingkatkan secara berperingkat.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Pembuatan pelaka kapal jenis ini adalah cetusan idea Ketua Jurutera TLDM, diusahakan oleh jurulatih dan pelatih Srimala di bengkel Srimala, Fakulti Kejuruteraan, KD Pelandok.

Pelaka kapal bercirikan klasik ini akan diperluaskan pengeluarannya oleh bengkel Srimala bagi kegunaan di upacara rasmi TLDM, agar mengembalikan identiti khas yang unik serta menarik ini.

Warga #NavyPeople dijangka boleh mendapatkan koleksi pelaka kapal ini pada masa akan datang setelah pengeluarannya ditingkatkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply