ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sukhoi Checkmate – Jet pejuang generasi kelima terbaharu Russia

Berita Global

Views

Russia semalam memperkenalkan jet pejuang Sukhoi terbaharu dengan keupayaan untuk melancarkan serangan ke atas enam sasaran serentak, sekali gus menyaingi pesawat pejuang Amerika Syarikat (AS), F-35. Berita Harian melaporkan, jet pejuang itu yang dipanggil ‘Checkmate‘ telah ditunjukkan kepada Presiden Vladimir Putin, sebelum dilancarkan pada pertunjukan udara dwitahunan di luar Moscow.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurut laporan sebelum ini, jet itu dibangunkan gergasi pertahanan dan teknologi, Rostec, serta syarikat bawah kawalan negara, United Aircraft Corporation. Pengarah Besar United Aircraft Corporation, Yury Slyusar berkata, tugas mereka ialah untuk pesawat ini ditawarkan secara besar-besaran kepada pelanggan mulai 2026.

Rostec menggambarkan pesawat itu sebagai jet pejuang generasi kelima dilengkapi enjin tunggal ringan, yang menggabungkan ‘penyelesaian inovatif’, termasuk kecerdasan buatan. Tambah Rostec, jet itu boleh menyerang hingga enam sasaran serentak di darat, udara atau laut, walaupun mengalami gangguan elektronik yang kuat.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Jet berharga antara AS$25 juta hingga AS$30 juta itu akan berupaya membawa dron dan melancarkannya ketika dalam penerbangan. Slyusar berkata, beliau menjangka hampir 300 tempahan diterima dalam tempoh 15 tahun akan datang, terutama dari Asia Barat, Asia serta Amerika Latin, untuk harga ‘tujuh kali lebih rendah’ berbanding F-35.

Beliau berkata, jet itu mampu memusnahkan ‘pesawat asing generasi kelima’ serta ‘direka bersama daya menghadapi sistem generasi keenam yang berkemungkinan muncul dalam dekad akan datang’. Malah, versi ‘auto-pilot’ turut dibangunkan. Slyusar berkata, beliau percaya Putin berasa ‘gembira’ ketika melihat pesawat itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Google

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply