ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Prototaip ujian supermoped Modenas dikesan lagi!

Foto Intip

Views

Nampaknya, kelibat supermoped Modenas sekali lagi dikesan setelah ia kembali memunculkan diri pada 31 Disember lalu di sekitar Changlun, Kedah. Kali ini, pembaca ArenaPermotoran, Mohd Shafuan Mohd Sofar telah mengirimkan tiga gambar sebuah ‘kapcai misteri’ sedang diuji di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah Alor Setar ke Sungai Petani.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Jika diteliti, kelibat ‘kapcai misteri’ itu tidak lain tidak bukan, supermoped Modenas jika dilihat pada rekaan hadapannya. Mengesahkan lagi ianya supermoped Modenas, ialah kerangka Trellis berwarna merah yang merupakan salah satu identiti reka bentuknya.

Rim aloinya juga sama, dengan rekaan lima jejari yang sama dengan foto intip yang pernah kami siarkan beberapa tahun yang lalu. Ini bermakna Modenas masih lagi mengitar semula unit ujian sebelumnya namun dengan sedikit perubahan.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata, projek supermoped masih lagi diteruskan, cuma pengeluar motosikal nasional itu sedang melakukan penambahbaikan dan mereka bentuk semula model berkenaan supaya sesuai dengan trend semasa.

Adakah projek ini diteruskan atau prototaip ujian ini merupakan unit ujian olok-olok untuk model lain yang sedang dibangunkan Modenas? Kita nantikan perkembangan yang selanjutnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Pandulaju.com.my

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply