ARKIB

KATEGORI

Buletin

Syarikat usaha sama Purem dan AAPICO rasmi pembukaan kilang ekzos di Rawang

Berita Tempatan

Views

Syarikat usaha sama Purem by Eberspaecher dan AAPICO Hitech Public Company Limited (AAPICO) telah merasmikan pembukaan rasmi kilang pertama baharunya di Malaysia, semalam.

Purem by Eberspaecher merupakan peneraju global dalam teknologi ekzos yang memenuhi piawaian emisi global untuk mobiliti yang bersih dan senyap.

Bersama-sama dengan rakan kongsi tempatannya AAPICO, syarikat Jerman berkenaan kini memasuki pasaran yang terus berkembang di Malaysia dan Thailand.

Menurut Rakan Kongsi Pengurusan Eberspaecher Group, Martin Peters, pembukaan kilang ini adalah bukti kejayaan dan langkah penting mereka untuk membangunkan pasaran tempatan di Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Presiden dan CEO AAPICO Hitech PLC, Yeap Swee Chuan berkata, pihaknya berbangga untuk membawakan Purem by Eberspaecher, antara pengeluar ekzos terbesar dan utama di dunia ke Malaysia.

Kilang baharu di Rawang yang meliputi kawasan seluas 4,000 meter persegi akan menghasilkan komponen seperti penukar pemangkin (catalytic converter) dan pancarongga (manifold) serta peralatan ‘cold ends‘ iaitu peredam bunyi dan paip.

Dengan penggunaan teknologi terkini dan 100 tenaga kerja, kilang ini mampu mengeluarkan dan menyediakan kira-kira 400,000 komponen setiap tahun untuk empat model kereta berbeza keluaran sebuah syarikat automotif terkemuka di Malaysia.

Pada masa hadapan, perancangan membabitkan pengeluaran selanjutnya dengan pelanggan tempatan baharu di samping perluasan teknikal di kemudahan pengeluaran bagi saduran pemangkin (catalyst).

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Kilang ini juga berpotensi untuk diperluaskan sehingga 7,000 meter persegi dan beroperasi pada kapasiti penuh. Minggu ini, rakan kongsi usaha sama berkenaan secara rasmi akan membuka kilang keduanya untuk pasaran ASEAN.

Ia terletak di Rayong, bahagian tenggara Bangkok, Thailand yang akan menyediakan sistem ekzos untuk trak pikap pengeluar automotif terkemuka dari Amerika Syarikat.

Usaha sama Purem AAPICO Co. Ltd. telah pun ditubuhkan pada Ogos 2022. Purem by Eberspaecher mempunyai 51 peratus pegangan manakala AAPICO sebanyak 49 peratus.

Matlamat perkongsian ini adalah untuk membangunkan pasaran tempatan dan menjadi pembekal sistem teknologi ekzos utama bagi rantau ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply