ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cermin gelap: JPJ bagi tempoh tiga bulan selesaikan bayaran kompaun

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi tempoh tiga bulan kepada pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap untuk melunaskan bayaran kompaun.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, kadar kompaun bagi setiap kesalahan cermin gelap bagi tempoh satu hingga 15 hari (RM100), 16 hingga 30 hari (RM150), 31 hingga 60 hari (RM250).

Sekiranya bayaran kompaun tidak diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, kes akan dibawa ke mahkamah mengikut peraturan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2019).

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan bagi kesalahan pertama.

Bagi kesalahan berikutnya denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, kadar ketelusan cahaya (VLT) bagi cermin kenderaan yang dibenarkan ialah 70 peratus cermin depan, 50 peratus cermin sisi kenderaan kiri dan kanan pemandu serta cermin bahagian belakang dan cermin belakang kosong peratus.

Bagaimanapun, katanya, kelonggaran diberikan kepada individu yang mempunyai alasan kukuh melibatkan faktor keselamatan atau kesihatan.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Selaras dengan peraturan penggunaan cermin gelap kepada kenderaan persendirian, mana-mana individu atas faktor keselamatan atau kesihatan boleh memohon kelulusan untuk menggunakan cermin gelap.

Berdasarkan rekod, JPJ Terengganu telah mengeluarkan 42,149 notis kesalahan melibatkan cermin gelap sejak 2019.

Daripada jumlah itu, sebanyak 5,867 kesalahan direkodkan pada 2019; 7,847 (2020); 11,525 (2021); 9,466 (2022) dan 7,444 kesalahan sehingga Ogos tahun ini.

Terdahulu, sebanyak 62 kenderaan dilelong melibatkan kenderaan disita pada 2021 ke bawah dengan nilai keseluruhan harga rizab sebanyak RM213,940. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply