ARKIB

KATEGORI

Info

Tahukah anda kereta kabel terpanjang di dunia berada di Vietnam?

Info

Views

Hari ini kami nak melencong sikit la dari automotif, tapi masih lagi kereta tapi kereta kabel la. Tahukah anda kereta kabel terpanjang di dunia berada di negara Vietnam? Menurut laman sesawang Seasia.co, kereta kabel merentasi laut yang menghubungkan bandar An Thoi dan Pulau Hon Thom merupakan kereta kabel terpanjang di dunia.

Ia mempunyai 70 buah gondola yang boleh membawa 30 penumpang setiap satu dan juga dikatakan yang paling selamat dan tercanggih di dunia. Penumpang yang menaikinya boleh melihat pemandangan 360 darjah pulau tersebut dan juga lautan di sekeliling.

JOM BACA >> Proton Persona facelift tampil lebih bergaya – Tempahan atas talian dibuka mulai esok

Terletak di Teluk Siam di koridor ekonomi marin Vietnam-Kemboja-Thailand, Phu Quoc merupakan pulau terbesar di Vietnam dan mempunyai banyak pantai yang indah. Selain itu Taman Negara Phu Quoc pula merupakan habitat kepada ratusan spesies tumbuhan, berpuluh-puluh daripadanya telah disenaraikan sebagai spesis yang terancam di Vietnam dan juga dunia.

Taman tersebut juga merupakan sebahagian daripada rizab biosfera Kien Giang yang telah diiktiraf sebagai Rizab Biosfera Dunia oleh UNESCO pada 2006. Pulau Phu Quoc telah menerima hampir 362,000 orang pelancong asing pada tahun lalu, meningkat 72 peratus berbanding tahun 2016 dan menyasarkan sekurang-kurangnya kedatangan setengah juta pelancong tahun ini.

Kepada yang minat melancong tu boleh la ke sini nanti, tapi kalau yang jenis gayat eloklah anda cari destinasi yang lain. Tapi kalau tengok dari foto-foto dari Google ni memang sangat cantik kan pemandangan dia? Seram tu memang la, sayup je tengok bawah.

JOM BACA >> INTIP : Dua unit ujian Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply