ARKIB

KATEGORI

Buletin

MotoE™ akan tetap diteruskan – Kalendar perlumbaan bakal dipinda

Sukan Permotoran

Views

Dalam satu kenyataan ringkas semalam menerusi laman sesawang MotoGP semalam, susulan dari insiden kebakaran E-paddock di Litar Jerez baru-baru ini, Dorna Sports dan rakan kongsi mereka terus komited untuk meneruskan perlumbaan Piala Dunia FIM Enel MotoE™ secepat yang mungkin.

Kebakaran yang berlaku pada awal pagi 14 Mac itu telah memusnahkan sebahagian besar bahan untuk perlumbaan tersebut. Namun, tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan. Insiden ini juga merupakan peringatan kepada semua yang terlibat supaya mengutamakan keselamatan di dalam mahupun di luar litar perlumbaan.

JOM BACA >> Proton Persona facelift tampil lebih bergaya – Tempahan atas talian dibuka mulai esok

Siasatan mengenai insiden tersebut kini sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran dan hasil siasatan tersebut akan diumumkan sebaik sahaja ianya selesai. Piala Dunia FIM Enel MotoE™ merupakan satu pertandingan baharu yang dilahirkan dari inovasi dengan menggunakan 100 peratus tenaga yang boleh diperbaharui.

Dikatakan tiada motosikal sedang dicas semasa kebakaran tersebut mula tercetus. Perlumbaan MotoE™ akan tetap diteruskan untuk musim 2019 dan pindaan kalendar akan diumumkan kelak. Walau bagaimanapun, perlumbaan tersebut di Litar Jerez terpaksa dibatalkan. Kini kerja-kerja untuk membina semula dan menggantikan bahan serta motosikal yang musnah dalam kebakaran tersebut sedang giat dijalankan.

JOM BACA >> INTIP : Dua unit ujian Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Motorsportweek.com.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply