ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Tak mustahil SIC, Petronas bergabung tubuh pasukan Moto2 dan Moto3

Sukan Permotoran

Views

Bukan sesuatu yang mustahil untuk Litar Antarabangsa Sepang (SIC) serta Petronas bekerjasama menubuhkan pasukan Moto2 dan Moto3 untuk bersaing di Kejuaraan Motosikal Dunia pada masa depan.

Demikian pandangan Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif yang tidak menolak akan berlakunya kerjasama itu dalam usaha menempatkan pelumba tempatan beraksi di kejohanan paling berprestij itu.

Jelas Shafriman, keperluan untuk memiliki pasukan Moto2 atau Moto3 amat penting sebelum memenuhi impian membawa pelumba negara beraksi di kelas tertinggi iaitu MotoGP.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

“Saya tak tolak kemungkinan untuk kita mempunyai pasukan di Moto2 atau Moto3. Cumanya kita kena bincangkan lebih lanjut bagaimana perancangan untuk tahun depan dan di masa akan datang.

“Ia juga bergantung kepada adakah ada pasukan yang bersedia bekerjasama dengan SIC dan Petronas selaku penaja. Jika ada kemungkinan seperti itu, perancangan seterusnya adalah kita perlu adakan perbincangan lebih lanjut dengan Petronas,” katanya.

Jelas Shafriman, pembabitan syarikat gergasi seperti Petronas amat penting dalam aspek pembangunan pelumba negara yang selama ini banyak bergantung kepada dana daripada kerajaan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

“Kita perlukan pembabitan pihak swasta untuk bantu pihak kerajaan menyumbang dari sudut kewangan agar kita dapat membentuk pasukan, jentera dan pelumba terbaik.

“Sebab itu saya katakan tidak mustahil (menubuhkan pasukan Moto2 dan Moto3) tetapi perlu adakan perbincangan dengan Petronas. Kita juga tidak boleh terlalu berharap kepada Petronas kerana mereka juga ada objektif lain.

“Harapan saya agar syarikat lain yang berminat dengan pembangunan bakat sukan permotoran tampil ke hadapan untuk memberi sokongan,” katanya.

SIC baru-baru ini dijenamakan sebagai Litar Antarabangsa Petronas Sepang selepas pemeteraian perjanjian hak penamaan selama tiga tahun antara litar berkenaan dengan syarikat minyak dan gas negara itu. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply