ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

adidas taja pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1

Sukan Permotoran

Views

Jenama barangan sukan terkemuka, adidas bakal ‘bertapak’ dalam kancah sukan permotoran sebagai Rakan Rasmi kepada pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1.

Kerjasama ini mewakili detik penting dalam sejarah adidas kerana ia memasuki peringkat tertinggi dalam sukan permotoran, iaitu Formula 1®.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

adidas merupakan peneraju global dalam industri barangan sukan yang berpusat di Herzogenaurach, Jerman. Syarikat ini mempunyai lebih daripada 59,000 pekerja di seluruh dunia dan mencatatkan jualan sebanyak €21.4 bilion pada tahun 2023.

Kerjasama selama beberapa tahun ini menyaksikan adidas akan mereka bentuk dan mencipta rangkaian lengkap yang menggabungkan prestasi dan gaya untuk keseluruhan pasukan, termasuk pemandu, mekanik dan jurutera.

Berdasarkan komitmen bersama terhadap prestasi dan kecemerlangan, kerjasama ini memanfaatkan pengalaman 75 tahun adidas bekerjasama dengan atlet di tahap tertinggi mereka untuk menyokong pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1 dalam mencapai kejayaan.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Sepanjang musim 2025 dan seterusnya, adidas dan pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1 akan mencipta rangkaian lengkap pakaian, kasut dan aksesori untuk keseluruhan pasukan dan peminat mereka.

Selain itu, keluaran edisi terhad juga dirancang sepanjang tahun. Koleksi pakaian adidas x Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team akan dilancarkan bulan depan, menjelang musim Formula 1 2025.

Ia boleh didapati secara dalam talian menerusi laman sesawang adidas.com/motorsports dan mercedesamgf1.com, serta rangkaian pemborong adidas di seluruh dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply