ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perkongsian strategik PETRONAS Lubricants dan Quaker Houghton perkukuh solusi industri di Malaysia dan India

Berita Tempatan

Views

PETRONAS Lubricants International (PLI), cabang global PETRONAS dalam bidang cecair dan pelincir, telah menjalin kerjasama strategik bersama Quaker Houghton, peneraju global dalam cecair proses industri.

Perkongsian ini memperkukuh komitmen kedua-dua syarikat dalam menyediakan produk, penyelesaian dan perkhidmatan berkualiti untuk sektor industri utama di Malaysia dan India.

Dengan menggabungkan kepakaran produk dan kedudukan pasaran geografi masing-masing, kerjasama ini akan menawarkan rangkaian penyelesaian industri yang lebih meluas kepada pelanggan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Bermula suku kedua (Q2) tahun 2025, PLI akan menjadi pengedar eksklusif produk cecair kerja logam keluaran Quaker Houghton kepada sektor pengangkutan dan industri di Malaysia.

Manakala di India, Quaker Houghton akan mengedarkan pelincir penyelenggaraan berprestasi tinggi dan cecair industri daripada PLI kepada pelanggan kilang keluli.

Ketua Pegawai Strategi dan Transformasi Kumpulan PLI, Domenico Ciaglia, berkata bahawa kerjasama jangka panjang ini bertujuan meningkatkan kebolehdapatan produk serta mutu perkhidmatan.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Beliau menambah, Quaker Houghton berkongsi visi yang sama dalam memacu masa depan industri ke arah perkhidmatan mampan dan berkesan.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Quaker Houghton bagi Kepakaran Global dan Pertumbuhan, Jeewat Bijlani, menyatakan bahawa Asia merupakan pasaran utama mereka.

Beliau yakin bahawa pengalaman dan reputasi PLI akan membantu mereka memenuhi keperluan pelanggan dan memperluas capaian di Malaysia.

Secara keseluruhannya, kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan kedua-dua syarikat, malah menyasarkan untuk menetapkan penanda aras baharu dalam prestasi aplikasi industri yang mampan dan efektif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply