ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Suzuki Malaysia lancar Suzuki SV650, harga RM29,900 – Turut perkenal pasukan lumba AMI Suzuki Motorsport (ASM)

Berita Tempatan

Views

Suzuki Malaysia dengan bangganya memperkenalkan kemunculan semula motosikal ikoniknya, Suzuki SV650, yang merupakan edisi terakhirnya.

Lebih daripada sekadar pelancaran semula, model ini menandakan pengakhiran yang penuh penghormatan kepada sebuah V-Twin roadster lagenda, yang mewakili semangat pahlawan samurai moden.

Majlis pengenalan Suzuki SV650 berlangsung sempena acara tahunan AMI-Suzuki Syoknya Raya! 2025 di Dewan Pameran Matrade, Kuala Lumpur.

Sambutan ini bukan sahaja menjadi medan pelancaran rasmi, malah turut mengumpulkan pemilik motosikal Suzuki dari seluruh negara dalam suasana penuh kemeriahan Hari Raya.

Selain itu, Suzuki turut mengumumkan penubuhan pasukan perlumbaan AMI Suzuki Motorsport (ASM), dengan projek SV650 menjadi asas kepada inisiatif baharu ini.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

ASM bakal bertanding dalam dua kategori utama, iaitu:

  • MAM Malaysia Superbike Championship (MSBK1000)
  • MotoMSF dalam kategori MSF Superbike

Turut dipertontonkan ialah jentera lumba GSX-R1000R yang telah dinaik taraf oleh Yoshimura Jepun, menandakan kesungguhan Suzuki dalam kembali ke dunia perlumbaan kompetitif.

Pengurusan teknikal pasukan ASM dikendalikan oleh ZK Racing, diterajui oleh bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairudin, bersama kru berpengalaman. Pasukan ini dibarisi oleh dua skuad utama, iaitu:

  • AMI-Suzuki Motorsport (ASM) yang diterajui bakat WSBK negara, Adam Norrodin
  • Mobilub Suzuki Racing Team (MSRT) dengan lima pelumba termasuk tiga dari luar negara

Suzuki SV650 – Jiwa Seorang Samurai!

Suzuki SV650 tampil dengan gaya ‘retro-moden’ yang melambangkan warisan lebih dua dekad sebagai simbol kuasa, gaya dan prestasi.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Dilengkapi enjin 645cc V-Twin yang padat dan kerangka Lattice Trellis ikonik, motosikal ini menawarkan kawalan dan keselesaan maksimum – ibarat katana di tangan pendekar terlatih.

Sama ada merempuh trafik bandar atau mengambil selekoh tajam, SV650 menjanjikan tunggangan penuh keyakinan dan kepuasan. Ciri-ciri moden yang menarik termasuklah:

  • Low RPM Assist – Menstabilkan kelajuan enjin ketika permulaan dan kelajuan rendah, amat sesuai untuk penunggang baharu.
  • Suzuki Easy Start System – Nyalaan enjin mudah dengan satu sentuhan.
  • Rekaan ringan dan tinggi tempat duduk hanya 785mm – Mesra untuk semua tahap penunggang.

SV650 ini dijual pada harga RM29,900 (tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans), dan ditawarkan dalam pilihan warna berikut:

  • Pearl Vigor Blue / Metallic Mat Black No.2
  • Pearl Mat Shadow Green / Metallic Mat Black No.2
  • Metallic Mat Black No.2

Ia kini boleh didapati di semua pengedar sah Suzuki Big Bike World dan Suzuki Station Plus di seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply