ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tangkap biawak antara alasan rentas negeri guna laluan tikus

Berita Tempatan

Views

Rentas negeri dari Kedah ke Pulau Pinang untuk tangkap biawak. Itu antara alasan empat daripada 17 individu yang ditahan pihak polis atas kesalahan rentas negeri menggunakan laluan tikus di Kampung Selamat di Tasek Gelugor, hari ini.

Menurut portal MalaysiaGazette, operasi bermula jam 4 petang yang dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di laluan tikus berhampiran sempadan ke Padang Serai, Kedah itu turut membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang dipercayai menggunakan borang rentas negeri yang diragui kesahihannya.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, bertindak atas maklumat awam pihaknya mengadakan operasi mengejut di tiga laluan tikus yang dikenal pasti berhampiran Padang Serai, Kedah.

Jelasnya, hasil pemantauan mendapati rata-rata individu menggunakan alasan tidak munasabah untuk rentas negeri, selain menggunakan laluan tikus bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Seramai 17 individu ditahan dalam operasi ini di mana ada yang rentas dari Pulau Pinang dan ada juga dari Kedah masuk ke sini.

Jelas beliau, masing-masing memberikan alasan rentas negeri untuk membeli barang keperluan dan ada yang mendakwa nasi di Kedah lebih sedap. Dalam operasi sama, pihaknya menahan empat lelaki membawa biawak yang baru ditangkap mereka untuk dibawa ke Sungai Petani, Kedah.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Tambah Noorzainy, kesemua individu berkenaan dikompaun RM5,000 setiap seorang atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran yang sah. Jelas beliau, pihak polis tidak menolak kemungkinan orang ramai menggunakan laluan tikus untuk merentas negeri serta daerah susulan pemeriksaan ketat di semua sekatan jalan raya (SJR).

Katanya, operasi sebegini akan dilakukan secara berterusan sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan sekali gus mengekang penularan wabak COVID-19. Selain itu, pihaknya juga akan menambah kekuatan pasukan pemantauan di laluan tikus yang dikenal pasti sekitar daerah SPU.

Dalam perkembangan sama, Noorzainy turut menasihatkan semua penduduk di Seberang Perai serta sempadan negeri Pulau Pinang untuk mematuhi SOP yang dikuat kuasakan bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan termasuk kompaun.Tangkap biawak

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply