ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sanggup ingkar arahan kuarantin di rumah semata-mata nak berlumba haram

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki bukan sahaja ingkar arahan kuarantin di rumah, malah turut didapati berlumba motosikal secara haram sebelum ditangkap dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakuub, Petra Jaya.

Menurut Harian Metro, operasi itu yang bermula jam 9.30 malam sehingga 10 pagi tadi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Kuching.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata, lelaki berusia 22 tahun itu dikompaun mengikut Seksyen 14 Peraturan 22 (B) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana mengingkari ingkar arahan pengasingan (kuarantin) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dia juga ditahan kerana terlibat dalam aktiviti samseng jalanan. Pada masa sama, Merbin berkata, seramai 39 individu yang terdiri 36 lelaki dan tiga wanita dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah COVID-19.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Katanya, operasi itu juga menahan lima lelaki kerana melakukan aksi ‘Superman’ dengan keseluruhan individu ditahan berumur 16 hingga 24 tahun dan dibawa ke IPD Kuching untuk siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Operasi itu juga mengeluarkan 127 saman membabitkan pelbagai kesalahan, manakala 29 motosikal disita mengikut Seksyen 60(1) APJ 1987 atas pelbagai kesalahan seperti mengubah suai ekzos, struktur kenderaan dan nombor plat tidak mengikut peraturan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply