ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tayar keluaran Continental jadi pilihan 10 pengeluar EV terkemuka global

Berita Tempatan

Views

Jumlah penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia semakin pesat dan ia dijangka mencakupi 20 peratus daripada jumlah jualan industri (TIV) bagi kenderaan penumpang dan komersial menjelang tahun 2030.

Menurut Portal Data Terbuka Rasmi Malaysia, jumlah EV di jalan raya telah meningkat dengan ketara, daripada lebih 3,000 unit pada 2022 kepada lebih 13,300 unit pada 2023, dan hampir 22,000 unit pada 2024.

Bagi menyokong pertumbuhan penggunaan EV di Malaysia, kerajaan juga menyasarkan pemasangan 10,000 pengecas EV di seluruh negara menjelang tahun 2025.

Selama lebih sedekad, Continental telah menerajui pembangunan penyelesaian tayar canggih untuk kenderaan elektrik (EV).

Dengan memanfaatkan teknologi Jerman dan pembangunan R&D yang kukuh, Continental memenuhi keperluan khusus EV seperti kapasiti beban yang lebih tinggi, tahap bunyi yang rendah, dan prestasi yang lancar.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Di seluruh dunia, 10 pengeluar kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya dengan jumlah pengeluaran tertinggi bergantung pada tayar Continental sebagai Peralatan Asal (OE) mereka.

Berdasarkan pengalamannya yang luas, Continental memastikan setiap tayarnya dalam pelbagai segmen direka khas untuk keserasian penuh dengan kenderaan elektrik (EV) serta disesuaikan bagi memenuhi keperluan prestasi uniknya.

  • SportContact SC7 menawarkan keyakinan pemanduan dan prestasi yang luar biasa.
  • MaxContact MC7 menekankan kawalan dan pengendalian yang tepat.
  • UltraContact UC7 sesuai untuk pemandu yang mencari keselesaan serta cengkaman luar biasa di permukaan basah.
  • ComfortContact CC7 menonjol dengan keselesaan unggul dan pemanduan yang senyap.
  • EcoContact EC6/EC6 Q direka bentuk untuk kecekapan tenaga maksimum, sekaligus memanjangkan jarak pemanduan dengan sekali cas.

Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova berkata, tayar Continental bukan sahaja direka untuk meningkatkan prestasi tetapi juga memenuhi keperluan unik sistem pemanduan alternatif.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Barisan produk Continental merangkumi pelbagai jenis kenderaan, termasuk yang menggunakan bahan api, hibrid, dan elektrik sepenuhnya, dengan teknologi canggih yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan khusus pasaran Malaysia.

Bagi pemilik EV di Malaysia, memahami keserasian tayar adalah penting. Untuk memastikan tayar sesuai digunakan pada kenderaan elektrik, pengguna perlu mempertimbangkan ciri-ciri seperti indeks beban dan kelajuan untuk menampung berat kenderaan yang lebih tinggi, daya cengkaman, serta reka bentuk yang memaksimumkan kecekapan tenaga.

Selain keserasian, Continental menawarkan teknologi pemecah bunyi (noise breaker) yang canggih, menjadikan tayarnya lebih menonjol.

Memandangkan EV menghasilkan kadar bunyi yang rendah, bunyi lain akan terdengar lebih ketara, menjadikan tayar yang senyap satu keperluan penting untuk pengalaman pemanduan yang lebih selesa.

Kejayaan Continental terselah melalui penggunaan tayar Peralatan Asal (OE) secara meluas pada EV daripada pengeluar kereta terkemuka, termasuk BMW, BYD, Kia, Mercedes-Benz, Renault, Smart, dan Volvo.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply