ARKIB

KATEGORI

Buletin

Teksi Mini tambang murah akan diperkenalkan!

Views

Semalam, Berita Harian telah melaporkan kerajaan bakal memperkenalkan perkhidmatan teksi mini untuk bandar-bandar besar terutamanya Kuala Lumpur dengan kadar tambang yang lebih murah sebelum akhir tahun ini. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini sedang mengkaji kemungkinan untuk memperkenalkan perkhidmatan tersebut.

Model kompak dengan enjin berkapasiti dibawah 1000cc seperti Perodua Axia bakal digunakan sebagai teksi mini kerana kos penyelenggarannya lebih murah sekaligus menguntungkan pengusaha walaupun harga tambang yang dikenakan lebih murah.

axia teksi

Perkhidmatan teksi mini ini dianggap idea yang lebih sesuai berbanding teksi motosikal atau basikal roda tiga di Indonesia dan Thailand kerana ia mungkin berbahaya daripada segi keselamatan. Teksi mini akan menawarkan perkhidmatan dalam jarak yang dekat, sebagai contoh dari mana-mana stesen LRT ke kediaman pengguna.

Teksi Mini juga dikatakan tidak memberi kesan terhadap perniagaan teksi konvensional selain mampu menyaingi perkhidmatan UBer dan Grabcar. Walaubagaimanapun, cadangan ini tidak disenangi oleh pengusaha dan pemandu teksi konvensional sedia ada kerana mereka bimbang pendapatan mereka bakal teruk terjejas jika cadangan ini diteruskan. Pendapatan mereka juga dikatakan semakin berkurangan sejak wujudnya perkhidmatan Uber dan GrabCar.

Apa pendapat anda mengenai cadangan ini?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Mmm… idea nie x ok selagi penguatkuasaan terhadap tambang tanpa meter n kualiti servis xdpt diatasi dengan baik. Itu adalah masalah utama teksi di negara kita sehingga di media sosial servis teksi kita digelar yg terburuk di dunia:(

    Adakah dgn adanya teksi mini nie, laluan teksi konvesional di bandar akan dikaji semula? or masing2 akan terus bersaing?

    P/S : drp create idea teksi mini, lebih baik ler lupuskn teksi saga yg dh lebih 20 tahun tu n modenisasikan model2 teksi yg lebih praktikal. Teksi saga yg tak diselenggara dgn baik nie agak menyakitkan mata n memburukkan reputasi kereta2 model prootn terkini jer. Kasi tukarrr..:)

    Cheers!


  • setahu saya pemandu teksi dikenakan sewa bulanan teksi yg tinggi oleh pihak terbabit.kadar sewa lebih mahal dari bayaran bulanan kereta (persona atau saga).

    Sebab tu tambang teksi mahal sbb nk balik modal dan untung.Berbeza dgn grabcar atau uber yang menggunakan kereta persendirian.kos mereka lebih murah sbb takde org tgh yang kaut keuntungan.

    Pemandu teksi terpaksa bersaing dgn uber dan grabcar. Kunci utamanya adalah harga dan kualiti perkhidmatan.

    Pihak terbabit perlulah memikirkan cara mengurangkan kos2 yg perlu ditanggung oleh pemandu teksi konvensional.Bukan jadi orang tengah yang meletakkan sewaan yg tinggi pada pemandu teksi.


  • Assalamualaikum, untuk pengetahuan semua pemandu teksi sentiasa dibuli dan diinayakan oleh SPAD dan syarikat teksi, terbaru tempahan online dari myteksi di alihkan perhatian kepada grabcar. Tindakan mencuri ini semakin berleluasa, tambang grabacar yg murah menjadi pilihan pengguna. Tambang murah yg tak masuk akal ini terang dan nyata utk membunuh teksi yg caj dari meter. SPAD sama ada sangatlah lemah dlm penguatkuasaan ataupun kaki rasuah. Pengkhianatan Myteksi adalah sejarah pengkhianat terbesar dlm sejarah dan zalim. Rakan subahat mereka adalah SPAD, saluran media dan pengguna itu sendiri. Inilah Dajal yg datang dgn tawarannya, menyalahi peraturan dan membunuh sebahagian yg lain termasuklah jentera mereka sendiri iaitu driver private car ini. Tiada satu pun syarikat teksi yg menjaga kebajikan pemandu teksi. Teksi budget yg sedia ada akan tamat tempoh permit dan hanya sambung exora Teks1m. Ini bermakna segmen atau kategori kereta teksi sedan akan dikuasai oleh uber dan grabcar yg mana pihak tertentu ada share dlm perkhidmatan berkenaan. Inilah perancangan jahat dajal dan kuncu2nya.

Leave a Reply