ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘The Proton Search’ cari pemilik setia Proton paling lama, bakal menangi Saga baharu

Views

Anda pemilik kereta Proton paling lama? Proton kini sedang memburu anda dalam peraduan ‘The Proton Search’ yang mencari pemilik kereta Proton yang paling setia di Malaysia. Peraduan yang bakal bermula 8 Mac akan berlangsung selama 13 minggu dan berakhir pada 8 Jun 2016.

Ia juga merupakan sebahagian daripada kempen pelancaran “The New PROTON” yang memberikan nilai serta pengalaman lebih baik kepada pengguna Proton selain mendekatkan diri dengan para pelanggannya.

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

– Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan dan lesen memandu sah.
– Mempunyai perbatuan yang tinggi atau telah menjelajah jauh bersama pemiliknya.
– Kereta Proton berkenaan harus dilengkapi dengan cukai jalan dan insurans yang diperbaharui setiap tahun sejak pemilikan.
– Kereta tersebut bukan untuk tujuan komersial, iaitu tidak digunakan sebagai teksi.
– Dimiliki oleh pemilik tunggal atau telah digunakan dalam sesebuah keluarga sejak awal pembelian.
– Kereta tersebut masih selamat digunakan di jalan raya, diselenggara dengan baik dan berada di dalam keadaan asal (tanpa sebarang modifikasi).

1987_Proton_Saga_1.5_GLX_Saloon_(6819389105)

Bagaimana untuk menyertai The Proton Search?

– Peserta perlu menghantar borang penyertaan.
– Ceritakan kisah pendek detik-detik bersama kereta Proton beserta gambar-gambar kenangan indah atau
– Rakamkan video kreatif berdurasi tidak melebihi 60 saat bersama kereta kesayangan anda.
– Borang penyertaan boleh didapati dicawangan-cawangan Proton terpilih atau
– Muat turun dari laman web www.proton.com.
– Salinan borang juga diterima.

“Sejak ditubuhkan, empat juta unit kereta Proton telah pun terjual, dan pencarian ini adalah untuk membalas jasa pengguna setia Proton sekaligus mengeratkan hubungan antara syarikat dan pelanggan.” kata Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton

“11 pemenang akan dipilih menerusi peraduan ini, dan pemenang utama akan menerima sebuah Proton Saga edisi terbaharu yang akan dilancarkan kelak. Sepuluh pemenang sagu hati akan menerima khidmat membaik pulih kereta bernilai RM5,000 dan wang tunai RM1,000. Pemenang juga akan dibawa untuk melawat ke kilang Proton dalam satu sesi penuh interaktif dan inovatif,”  tambah Harith lagi.

Untuk maklumat lanjut layari laman web Proton di www.proton.com, Facebook www.facebook.com/ProtonCarsOfficial atau Instagram @ProtonCars.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

The PROTON Search Contest Visual (MLY)

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply