ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Hyundai Kona 1.6 Turbo termasuk varian N Line kini dibuka

Berita Tempatan

Views

Hyundai-Sime Darby Motors menerusi beberapa hantaran terbaharu di laman Facebook rasmi Hyundai Malaysia mengumumkan tempahan bagi model Kona 1.6 Turbo yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, kini dibuka.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Dua varian bakal ditawarkan, iaitu standard dan N Line. Kedua-dua varian ini akan dijana oleh enjin petrol Smartstream G1.6 T-GDi 1.6 liter turbocas dengan Continuous Variable Valve Duration (CVVD). Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi generasi kedua, Smartsteam 7-kelajuan dwicekam (DCT).

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Kombinasi enjin dan transmisi ini mampu untuk menghasilkan ouput sebanyak 198PS dan 265Nm daya kilas. Setakat ini, tiada butiran lanjut didedahkan dan berkemungkinan ia akan mempunyai lebih banyak ciri menarik berbanding varian 2.0 Active sedia ada.

Seperti yang kita tahu, varian N Line sudah pastinya akan ditawarkan dengan aksesori berupa kit badan bagi penampilan yang lebih sporty. Nantikan info mengenai dua varian baharu Kona ini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply