ARKIB

KATEGORI

Buletin

Minyak wangi Mach-Eau khusus buat pemilik Ford Mustang Mach-E yang merindui aroma petrol

Berita Global

Views

Jika anda pemilik Mustang Mach-E yang merindui aroma minyak petrol, Ford ada sesuatu yang istimewa buat anda. Menurut Ford, kajian mendapati salah seorang daripada lima pemandu berkata, mereka amat ‘merindui aroma minyak petrol’ selepas bertukar kepada kereta elektrik (EV) itu.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Hampir 70 peratus daripada mereka mengaku yang mereka tidak boleh melupakan aroma minyak petrol hingga ke tahap tertentu. Oleh yang demikian, Ford Eropah telah menghasilkan Mach-Eau, yang merupakan minyak wangi premium khusus untuk golongan tersebut.

Minyak wangi Mach-Eau telah diperkenalkan di Goodwood Festival of Speed dan namun ia bukanlah untuk dijual. Ia hanyalah sebahagian daripada matlamat Ford untuk membongkar mitos mengenai kereta elektrik dan meyakinkan pemilik bukan EV mengenai potensi kenderaan tersebut.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Sekiranya anda tertanya-tanya, wangian sebenarnya tersebut bukanlah terus diambil dari aroma petrol. Ia menggabungkan unsur bauan asap, getah bahkan unsur ‘haiwan’ yang menjurus kepada warisan Mustang. Haruman ini dihasilkan oleh firma perunding wangian terkemka, iaitu Olfiction.

Pada peringkat awal mereka perlu mengenalpasti bahan kimia yang dilepaskan oleh ruang dalaman kereta, enjin dan juga petrol. Antara bahan kima tersebut adalah enzaldehyde dan para-cresol, yang kemudiannya dicampurkan dengan halia biru, lavender, geranium dan sandalwood.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply