ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan model CKD Toyota Corolla Cross kini dibuka, harga anggaran bermula dari RM123K

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini mengumumkan tempahan bagi model hibrid elektrik pertama pemasangan tempatan (CKD), Toyota Corolla Cross Hybrid bersama-sama dua lagi pilihan varian Corolla Cross 1.8V dan 1.8G yang dilengkapi dengan enjin 1.8 liter DOHC 16-injap Dual VVT-i.

Harga anggaran bagi Corolla Cross Hybrid bermula dari RM137,000, manakala Corolla Cross Cross 1.8G dan 1.8V masing dianggarkan bermula dari RM123,000 dan RM129,000. Anggaran harga tersebut termasuk dengan pengecualian cukai jualan dan tidak termasuk insurans.

Pada awal pengenalannya, Corolla Cross diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand dan kini ia dipasang di kilang ASSB di Bukit Raja, Selangor. Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Putih Mutiara Platinum, Merah Mika Metalik, Biru Nebula Metalik dan Perak Metalik, termasuk satu warna khusus untuk Corolla Cross Hybrid iaitu Kelabu Celestite Metalik.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Corolla Cross Hybrid dikuasakan dengan kombinasi enjin petrol 1.8-liter bersama motor elektrik. Output kuasa bagi enjin petrol adalah 72 kW/98 PS pada 5,200 rpm, dengan 142 Nm daya kilas pada 3,600 rpm. Motor elektriknya pula menjana 53 kW (bersamaan 72 PS) dan 163 Nm daya kilas.

Ia digandingkan pula dengan transmisi E-CVT dengan 4 mod pemanduan iaitu Sport, Eco, Normal dan EV. Corolla Cross 1.8V dan 1.8G pula dijana oleh petrol 1.8 liter DOHC 16-injap dengan Dual VVT-i yang menghasilkan 139 PS pada 6,400 rpm, dengan 172 Nm daya kilas pada 4,000 rpm.

Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi Sequential Shiftmatic (CVT) dengan tujuh-kelajuan turut menawarkan penukaran gear secara manual. Corolla Cross dibangunkan dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA) dan mempunyai jarak lega tanah 161 mm.

Dari segi keselamatan, hanya varian Corolla Cross 1.8V dan Corolla Cross Hybrid dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) 2.0 yang merangkumi Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Amaran Keluar Lorong (LDA) dengan bantuan kendalian, Bantuan Pengesanan Laluan (LTA), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dan Suluhan Lampu Tinggi Automatik (AHB).

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan tujuh beg udara, cagak Isofix, Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Monitor Pandangan Panorama, Kawalan Mula Pemandu dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

Bagi model pemasangan tempatan, DRCC dan LTA telah dipertingkatkan agar boleh beroperasi dalam kelajuan penuh. Kesemua model Corolla Cross ditawarkan dengan jaminan kilang selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Bukan itu sahaja, pek bateri hibrid memiliki jaminan berasingan selama lapan tahun yang turut merangkumi penyongsang (inverter) dan Kawalan Pengurusan Kuasa ECU. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk melanjutkan liputan penuh selama dua tahun.

Bagi melindungi kenderaan daripada dicuri, UMWT memasang Sistem Telematik Kenderaan (VTS) yang dapat mengesan lokasi kenderaan menggunakan jaringan GPS/GSM.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply