ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Proton melonjak 13 peratus bulan Oktober 2017 – Saga dan Persona model terlaris!

Views

Dalam diam-diam Proton mencatatkan lonjakan 13 peratus untuk rekod jualannya pada Oktober 2017 dengan 5,083 unit berbanding 4,498 unit kereta pada September 2017. Prestasi jualan ini memperlihatkan kenaikan 6 peratus untuk bulan Januari – Oktober 2017 dengan jumlah keseluruhan jualan sebanyak 61,380 unit berbanding 57,734 unit pada tempoh yang sama tahun lepas.

Saga dan Persona terus menjadi model terlaris dengan menyumbangkan 70 peratus kepada keseluruhan jualan kereta Proton, dengan 26,343 unit Saga dan 16,833 unit Persona terjual. Dengan harga RM35,590.29 untuk varian Standard 1.3L sehingga RM44,342.25 bagi varian Premium CVT 1.3L, Saga terus kekal sebagai model pilihan utama di kalangan pemilik Proton.

Saga dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik seperti tiga Port USB untuk pengecasan telefon bimbit dan set set audio yang hebat. Dari segi keselamatan, varian Premium yang memiliki ciri-ciri seperti ESC, ABS, EBD, kawalan cengkaman, bantuan brek, sistem kawalan cerun, beg udara, ISOFIX dan tambatan atas (top-tether), dengan sensor di seluruh bahagian kereta.

Pemenang anugerah sebagai Kereta Kompak Terbaik Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2016, Persona pula mencatatkan kenaikan 57.5 peratus tahun sehingga kini, dengan jumlah jualan sebanyak 16,833 unit berbanding 10,687 unit pada tempoh yang sama tahun lepas. Persona menampilkan reka bentuk yang baharu dan ruang but sebesar 510 liter, dan ini sudah pasti menjadikannya pilihan untuk semua.

Dengan harga bermula dari RM44,831.09, pemilik Persona dapat memiliki kereta yang bertaraf 5-Bintang oleh ASEAN NCAP, dengan penderia di seluruh bahagian kereta, ESC, ABS dengan EBD, Bantuan Brek, Sistem Kawalan Cengkaman dan bantuan kawalan cerun sebagai ciri-ciri standard bagi semua varian.

Baru-baru ini, kereta Proton telah muncul sebagai Juara Keseluruhan di Sepang 1000km Race 2017 yang membuktikannya sebuah jenama yang tahan lasak dan boleh boleh dipercayai kerana mampu mengharungi perlumbaan yang memerlukan ketahanan selama 9 jam. Menurut Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Presiden Jualan & Pemasaran Proton, selain kemahiran memandu, ciri-ciri kereta Proton inilah yang memberikan kelebihan kepada pasukan dan ciri-ciri-ciri asas inilah yang boleh dinikmati oleh pembeli kereta Proton.

Dalam masa yang sama, Proton kini sedang menjalankan promosi 5 Nilai Hebat dengan RM0 kos penyelenggaraan sehingga 5 tahun dan penjimatan sehingga RM8,000 yang merangkumi alat ganti, minyak enjin dan caj pekerja dan dari RM398 sebulan.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang Untuk memiliki Proton.. Kos penyelenggaraan percuma dalam tempoh warranty.. Segalanya percuma!!
    Preve / Suprima FL standard yang akan dilancarkan pasti jauh lebih baik dari Persona/Iriz Varian premium..

Leave a Reply