ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terokai keterujaan MINI Malaysia di ‘MINI Recharge Roadshow’

Views

MINI Malaysia, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia mempelawa para peminat MINI untuk memberikan nafas kepada minat mereka terhadap kehidupan dan pengembaraan di MINI Recharge Roadshow. Acara ini menjanjikan pengalaman yang menarik dengan kenderaan MINI Countryman Sports dan MINI Countryman Plug-In Hybrid baharu, kedua-duanya dilancarkan pada bulan April tahun ini sebagai ikon terbaharu Kenderaan ‘Sports Activity’ premium daripada MINI.

Tawaran jerayawara lain yang eksklusif boleh direbut di MINI Recharge Roadshow, ia termasuk pemilikan MINI menerusi kadar yang terendah, iaitu RM 2,468/sebulan* dengan pembiayaan ‘Full Circle’ bagi MINI Countryman Sports, hadiah percuma bersertakan perkhidmatan pandu uji, dan tawaran bagi ‘MINI Lifestyle Merchandise’.

JOM BACA >> INTIP: Stok Proton X70 mula tiba, Iriz MC2 ronda-ronda dekat McD

Pemilikan MINI didatangkan dengan Waranti Perbatuan tanpa Had selama 4 Tahun dengan Servis Berjadual Percuma, serta Bantuan Tepi Jalan MINI. Di samping itu, pemilik juga dapat menikmati kelebihan eksklusif yang ditawarkan bersama MINI Black Card, sama ada dalam bentuk pelancongan, kesihatan, peranti ataupun acara sukan. MINI Black Card juga meletakkan pemilik di dalam senarai utama bagi semua perkara yang diinisiatifkan oleh MINI, dari previu istimewa sehingga ke parti-parti yang menarik, pelbagai acara dan pelancaran produk.

Hadapi kemungkinan yang baharu di lokasi dan tarikh berikut:

LokasiTarikh
Aeon Seremban 22 hingga 4 November 2018
Paradigm Mall, Johor Bahru9 hingga 11 November 2018
Aeon Bukit Tinggi23 hingga 25 November 2018
Desa ParkCity30 November hingga 2 Disember 2018
1 Utama14 hingga 16 Disember 2018
Vivacity Megamall28 hingga 30 Disember 2018

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai MINI Recharge Roadshow atau jika anda ingin membuat pendaftaran, sila layari www.mini.my/recharge.

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 sah pakai antena sirip jerung

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply