ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton terus catat momentum jualan, X50 lepasi angka 100k unit dalam tempoh 36 bulan

Berita Tempatan

Views

Proton berjaya mencatat peningkatan jualan kenderaan untuk tahun kelima berturut-turut dan berjaya menjual sebanyak 12,772 unit pada bulan Oktober lalu.

Jumlah jualan Proton sehingga kini (YTD) berjumlah 129,604 unit (domestik + eksport) untuk 10 bulan pertama tahun 2023, meningkat sebanyak 12.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bulan Oktober juga menyaksikan lonjakan jualan 4.4 peratus kerana jumlah jualan industri (TIV) diramalkan telah melebihi had 70,000 unit untuk kali ketiga bagi tahun 2023.

Dari segi pegangan pasaran keseluruhan, ia dianggarkan pada 20.1 peratus kerana jumlah jualan YTD bagi keseluruhan industri automotif telah melebihi 645,000 unit.

Dengan berbaki hanya dua bulan dalam kalendar tahun 2023, empat model Proton terus menjadi peneraju jualan dalam segmen pasaran masing-masing.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Model SUV kompak, X50 muncul sebagai peneraju pasaran dengan jualan sebanyak 2,021 unit pada bulan Oktober.

Sejak dilancarkan pada 27 Oktober 2020, SUV segmen B paling popular di negara ini telah mencapai angka jualan sebanyak 100,210 unit.

Ini sekali gus menunjukkan popularitinya dalam kalangan pembeli SUV di Malaysia kerana angka tersebut berjaya dicapai dalam tempoh masa yang singkat.

Persona muncul model sedan segmen B ketiga paling popular dengan jualan sebanyak 2,041 unit pada bulan Oktober. Ia juga kekal sebagai peneraju pasaran dengan jumlah jualan YTD sebanyak 20,655 unit.

Berbanding dengan tahun 2022, jumlah jualan kini meningkat sebanyak 65.5 peratus dan model itu berada di landasan untuk merekodkan tahun jualan terbaiknya.

X90 masih menerajui jualan SUV segmen D dengan mencatat jualan sebanyak 479 unit pada bulan Oktober. Secara kumulatif, sebanyak 3,914 unit telah dijual pada tahun 2023 dan permintaan dijangka meningkat dalam beberapa bulan akan datang apabila ia mula memasuki pasaran eksport.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Exora secara rasminya akan ‘bersara’ sebagai juara jualan MPV segmen C setelah pengeluarannya tamat selepas 196,583 unit dihasilkan di kilang Proton, Shah Alam.

Meskipun telah sampai ke penghujung hayat, permintaan untuk model Exora meningkat sebanyak 11.5 peratus pada tahun 2023.

Saga masih mengekalkan takhtanya sebagai model paling popular syarikat dan pada bulan Oktober ia telah terjual sebagai 6,322 unit dengan jualan YTD meningkat kepada 57,806 unit.

Iriz pula meneruskan prestasi kukuhnya pada tahun 2023 dengan 589 unit terjual untuk menjadikan jualan terkumpul sebanyak 6,633 unit. Ini merupakan peningkatan sebanyak 37.2 peratus berbanding tahun 2022.

Jualan model X70 menunjukkan prestasi yang stabil dan dengan 927 unit terjual pada bulan Oktober, meningkat sebanyak 18.9 peratus berbanding bulan sebelumnya, sekali gus kekal sebagai model SUV segmen C kedua paling popular.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, pihaknya optimis untuk melepasi sasaran 2023 dan bersedia untuk memperkenalkan lebih banyak model baharu sebagai persediaan permulaan yang hebat untuk tahun 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply