ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota sedang bangunkan Vios generasi baharu (kod projek D92A)

Berita Global

Views

Desas-desus mengatakan, Toyota kini sedang giat membangunkan model sedan Vios generasi baharu yang turut dikenali dengan nama Yaris sedan, Yaris L atau Yaris Ativ di pasaran negara lain. Difahamkan, versi hatchbacknya iaitu Yaris turut dibangunkan secara serentak.

Menurut portal Autoindustriya.com, pembangunan model Vios buat masa ini menggunakan kod projek DG7 dan setelah ia selesai, kodnya akan bertukar kepada D92A dan bakal menggantikan generasi ketiga Vios (XP150).

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Generasi pertama Vios (XP40) mula diperkenalkan ke pasaran Filipina pada 2002 dan diimport secara CBU. Generasi kedua (XP90) yang diolah dari model Belta yang diperkenalkan di Jepun pada 2005, telah dilancarkan pada 2007 dan dipasang secara CKD di kilang pengeluaran Toyota Motor Filipina.

Model generasi ketiganya pula membuat kemunculan pada 2013 dengan gaya dan enjin baharu. Pada 2018, Toyota memperkenalkan model facelift yang telah disalah ertikan sebagai model baharu sepenuhnya. Secara realitinya, kedua-dua model ini berkongsi mekanikal yang sama, hanya berbeza dari segi penggayaan.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Tambah portal itu lagi, model Vios serba baharu akan membuat penampilan sulung global pada bulan Ogos 2022, dan kemudiannya disusuli oleh model Yaris hatchback pada tahun berikutnya (2023). Buat masa ini, belum ada maklumat lanjut mengenainya, namun kami pernah mendengar ada kakitangan Perodua yang terlibat dalam pembangunan model ini.

Nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa! Sementara menunggu, mungkin anda boleh lihat gambaran digital Vios generasi keempat rekaan Imagino dulu.

The all-new Toyota Vios Future Concept

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Imagino

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply