ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota siar imej acah terbaharu Corolla Cross Hybrid, bakal dilancarkan 14 Oktober?

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor merancakkan lagi industri automotif tempatan dengan pengenalan teknologi Hibrid Elektrik di Malaysia. Merujuk kepada imej acah terbaharu, model yang bakal dilancarkan nanti adalah Corolla Cross Hybrid.

Jika melihat pada kiraan detik di laman sesawang rasminya, model tersebut dijangka muncul kira-kira 16 hari lagi dan ini bermakna ia akan diperkenalkan pada 14 Oktober nanti.

Setakat ini, Toyota telah menjual lebih daripada 18 juta kenderaan menerusi 45 model Kenderaan Hibrid Elektrik (HEV), termasuk empat kejayaan berturut-turut pasukan Toyota Gazoo Racing dalam perlumbaan Le Mans 24 Hours.

Toyota merupakan antara pelopor terawal teknologi hibrid elektrik dan telah memajukannya lebih daripada 20 tahun lalu sejak pengenalan generasi pertama HEV pada tahun 1997.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Selain HEV, Toyota turut menawarkan kenderaan bateri elektrik (BEV), kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) dan kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV).

Toyota juga giat berusaha ke arah pembangunan e-fuel yang diperbuat daripada hidrogen yang direka untuk memperbaiki kecekapan bahan api secara drastik.

Dalam masa terdekat, HEV dilihat sebagai pilihan realistik dan paling mudah dicapai untuk pelanggan di Malaysia dari segi praktikaliti dan prasarana.

Dari segi pembebasan CO2, kedua-dua HEV dan BEV mempunyai nilai yang hampir sama dalam proses pengeluaran kenderaan, janaan tenaga dan pemilikan bagi tempoh 10 tahun.

Toyota turut menjanjikan pengalaman pemanduan yang berkuasa, maju dan pintar menerusi teknologi hibrid elektrik ini. Ia menggabungkan enjin petrol yang cekap tenaga dengan dua motor elektrik yang memberikan pecutan cekap dan berkuasa.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

HEV Toyota lebih senyap dengan menawarkan tahap kebisingan, gegaran dan kekerasan (NVH) yang lebih baik. Ia juga dibina untuk lebih andal dan tahan lasak, dengan komponen penting seperti bateri generasi keempatnya yang direka untuk tahan sepanjang kitaran hayat kenderaan.

Matlamat utama HEV ini juga adalah untuk mengurangkan pelepasan CO2 di samping menerapkan proses dan teknologi baharu untuk mengurangkan jumlah sumber serta tenaga yang diperlukan dalam pengeluarannya.

Selain itu, teknologi ini telah terbukti menerusi penglibatan Toyota dalam sukan permotoran antarabangsa. Ini termasuklah acara tersohor seperti perlumbaan ketahanan Le Mans 24 Hours dan Kejuaraan Rali Dunia.

TS050 Hybrid Le Mans Hypercar telah muncul juara Le Mans 2018, 2019 dan 2020, serta memegang rekod sebagai jentera terpantas di Circuit de la Sarthe Le Mans dengan catatan masa 3 minit 14.791 saat pada tahun 2017.

Tahun ini, Toyota turut mencatat sejarah tersendiri dengan menyaksikan jentera GR010 Hybrid Le Mans Hypercar yang baharu diperkenalkan mendominiasi perlumbaan di kedudukan pertama dan kedua. Untuk maklumat lanjut, layari toyota.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply